Mangsa Keempat Kenduri Beracun Meninggal Dunia, Pengantin Baru Terkilan




SUNGAI PETANI 1 Okt. - Seorang lagi mangsa keracunan makanan rumah kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), malam ini. 
Mangsa, Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak pagi semalam. 
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata, warga emas yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok itu berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan di HSAH semalam. 
"Dengan kes terbaharu ini, ia menjadikan jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat keracunan makanan dalam majlis kenduri berkenaan meningkat kepada empat orang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Md. Zain melawat mangsa-mangsa keracunan makanan di HSAH di sini malam ini. 
Semalam, tiga dilaporkan maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai pada Sabtu lalu. 
Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang, manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan. 
Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH. 
Sementara itu, Tajul Urus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri berkata, pihaknya mengucapkan takziah terhadap keluarga mangsa terlibat. 
Beliau berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga yang kematian mangsa sebanyak RM1,000 seorang dan RM200 seorang bagi mangsa yang dimasukkan ke wad. 
Tambahnya, beliau juga merupakan antara tetamu dalam majlis kenduri tersebut pada pagi Sabtu lalu. 
"Selepas makan kenduri, saya terus beredar ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi. Namun, saya bersyukur kerana tidak menghadapi keracunan makanan kerana difahamkan hanya tetamu yang makan kenduri sebelah petang menjadi mangsa," katanya.-UTUSAN
--------------------------------------------------------------
kesian pada mangsa, semoga ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman dan mati syahid insyallah. pada keluarga mangsa, harap berhati-hati sentiasa mengutamakan kebersihan, kalau dah tahu daging ayam tu berbau dan mencurigakan, tak payah masak, buang aja, walaupun nampak membazir itu lebih baik daripada memudaratkan kesihatan orang. Semoga kes ini memberikan pengajaran pada semua orang
Insyallah
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

Gel Mirifica Mantapkan Payudara Anda  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...