Pertengahan tahun ini nama Shahz Jaszle menjadi bualan ramai selepas ditangkap khalwat dengan seorang gadis bernama Farah dan insiden ini menyebabkan pelakon popular ini putus tunang dengan Redzwani Puteri selepas keputusan dibuat keluarga.
Walaupun mendapat tentangan keluarga, nampaknya cinta pasangan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri tetap kukuh sehingga sampai satu masa pelakon ini seakan nekad ingin kahwin lari jika keluarga masih tidak merestui hubungan mereka berdua.
Namun perkembangan terbaru melaporkan yang Shahz Jaszle kini bersyukur apabila keluarga Redzwani Puteri telah menerima kembali dirinya & kembali menaruh kepercayaan untuk menjalin hubungan dengan gadis itu.
“Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya.
“Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur,” ujar Shahz Jaszle.
Pelakon ini menambah yang kontroversi ini sebenarnya tidak menganggu perjalanan kariernya ketika ini dan beliau sedang giat mengumpul duit untuk mengahwini Redzwani Puteri. - rotikaya
----------------------------------------------------
Alhamdulillah...semoga jodoh korang panjang, dah ada niat nak mendirikan rumahtangga semoga Allah permudahkan segala urusan. Nak cari teman tuk bersosial memanglah senang, tapi nak cari teman yang boleh berikan kita komitmen susah dan senang memanglah susah, sebab tu lelaki ambil banyak masa tuk mendirikan perkahwinan. Kalau dia dah bersetuju tu, maknanya dia dah bersedia...
Insyalllah semoga perhubungan ini hingga ke pernikahan amin
Penaja
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum
No comments:
Post a Comment