20 Tahun Kerja Buat Ubat Palsu

Rawang: Tindakan seorang warga emas mengaut keuntungan mudah dengan mengusahakan perniagaan ubat haram sejak 20 tahun lalu berakhir apabila sebuah kilang pemprosesan dan banglo miliknya di Bukit Beruntung, di sini, diserbu anggota Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Selangor, semalam.
Serbuan jam 12 tengah hari yang disertai 11 pegawai dan anggota CPF Selangor termasuk seorang anggota polis itu turut merampas 71 jenis ubat-ubatan herba Cina yang dianggarkan bernilai RM600,000 dan menahan warga emas terbabit bersama dua anak lelakinya untuk siasatan lanjut. 
Penolong Pengarah Kanan Farmasi, Farhan Akmal Mohd Taha, berkata, sebaik menerima aduan awam mengenai operasi haram itu, pihaknya mengambil masa sebulan untuk membuat risikan di kedua-dua lokasi.

“Selain menjual ubat-ubat yang tidak berdaftar, suspek turut memalsukan produk sedia ada di pasaran dengan meniru bungkusan produk berkenaan sebelum meletakkan pelekat hologram palsu.

PEGAWAI farmasi melihat bungkusan ubat yang dirampas di sebuah banglo di Bukit Beruntung.

“Semua proses menghasilkan ubat-ubatan itu termasuk operasi pembungkusan dijalankan di kilang berhampiran rumahnya manakala banglonya pula dijadikan stor simpanan serta pejabat operasi,” katanya. - hmetro


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah orang yang buat ubat2 palsu di pasaran kita...memang patut pun di tangkap dan dipenjarakan semaksima mungkin, dah berapa ramai yang dah mengalami masalah sakit-sakit badan, dan lelaki ada pulak yang mandul sebab telan ubat palsu ni...peniaga pulak yang kena maki hamun, sebab dituduh jual ubat palsu..saya harap kerajaan tak lepaskan orang camni dan berikan hukuman semaksima mungkin supaya orang lain dapat pengajaran. Aku heran dah 20 tahun buat kerja camni, polis tak dapat apa2 maklumat ke?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...