SUNGAI PETANI – Mangsa terbaru keracunan makanan, Ibrahim Mohamad, 62, disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 6.30 petang tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Jenazah yang dituntut keluarga akan dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu sebaik sahaja selesai bedah siasat di HSAH.
Anak mangsa, Zulkifli, 31, berkata, bapanya dikatakan mengalami cirit-birit sejak pagi Ahad lalu akibat dipercayai keracunan makanan selepas dikatakan menghadiri majlis perkahwinan berdekatan rumahnya di Kampung Huma, Tanjung Dawai, jam 6 petang Sabtu lalu.
“Pagi itu (Ahad), ayah dah mengalami cirit-birit serta beberapa kali masuk ke tandas, bagaimanapun keadaannya masih baik serta boleh bercakap seperti biasa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSAH hari ini.
Menurut Zulkifli, keadaan Ibrahim dilihat semakin tidak bermaya beberapa jam selepas itu menyebabkan ahli keluarga membawanya ke Hospital Daerah Yan tengah hari semalam bagi mendapatkan rawatan.
“Walaupun dibenarkan pulang selepas ditambah air dalam badan, keadaan ayah semakin lemah serta tidak mampu berjalan menyebabkan ayah terus ditahan wad.
“Disebabkan makin kritikal, ayah kemudian dirujuk ke HSAH lebih kurang jam 2 petang tadi,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia jam 6.30 petang. - beritasinar
------------------
Kesian aku tengok dengan makcik-makcik dan pakcik2 yang bersusah payah bergotong royong tuk masak kenduri tapi hasilnya sungguh mendukacitakan....
Kat sini masalahnya adalah supplier ayam tu...agaknya tuan rumah ni dah kena tipu dengan supplier ayam, dengar nya ayam tu dah busuk bercampur dengan daging ayam yang elok...
Si penjual ayam ni ingat macam jual buah durian ke? campur2 yang elok dan busuk sekali. Sekarang polis tengah siasat satu malaysia dah tahu pasal ni...tukang masak pun satu..dah tahu ayam tu busuk bercampur dengan yang elok tak boleh masak sekali..kuman dah merebak dengan cepat sekali....
Bila makan ayam tu pun dah tahu rasa tak sedap, cepat2 la buang..ini makan jugak..memanglah rasa sakit perut...lidah kita ada deria rasa..yang mana elok yang mana tak elok...jadi gunakan sebaiknya nya..
-----------------------
Penaja
Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum
No comments:
Post a Comment