Keracunan Ayam Lagi Jom Kita Makan Ikan


NIBONG TEBAL: Seramai 36 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, Simpang Ampat, di sini, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut, pening dan muntah.
Mereka adalah sebahagian murid yang menyertai Program Intensif Tahun Empat bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun minggu depan. 
Murid terbabit mula mengadu sakit sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB) kira-kira jam 9 malam tadi. 

Ada antara mereka diambil darah untuk ujian lanjut sebelum kesemuanya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar.


Difahamkan, mereka itu mengadu sakit selepas makan nasi lauk ayam masak merah yang dibekalkan kantin sekolah kira-kira jam 6.30 petang.


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Mutiara Mohd Nor Hiesam Ismail berkata, murid terbabit adalah antara 106 murid tahun empat yang menyertai program berkenaan. 

Menurutnya, program itu bermula Isnin lalu dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari dan dijadualkan berakhir Jumaat ini. 

"Berikutan kejadian ini, pihak PIBG dan sekolah sudah mengambil keputusan untuk menghentikan program serta-merta. 

"Pihak kami dan sekolah akan melakukan siasatan bersama terhadap bekalan makanan yang diberikan kepada murid berdasarkan laporan daripada hospital," katanya. - hmetro
--------------------------------
Ini mesti kes daripada supplier yang tahu nak kaut untung jer...dah tahu ayam tu busuk tak payah jual la...penyakit burung ni senang berjangkit dan mudah dibawa maut, ceret beret pun berjangkit tau...jangan main-main la kuman sekarang cepat je merebak lebih-lebih lagi cuaca negara kita yang panas lembab memang senang kuman cam tu nak berbiak dengan pantas. Kalau korang nak selamat buat masa ni, jangan beli ayam, makan ikan je..

-----------------------------------------

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...