Remaja Berlakon Alim, Malam Songlap Duit Masjid RM10,000


Kuala Lumpur: Perwatakan terpuji sekumpulan remaja yang diberi amanah mengutip derma daripada jemaah masjid setiap kali solat Jumaat, sebenarnya cuma lakonan kerana pada malam hari mereka ‘bertukar seragam’ menjadi pencuri wang tabung berkenaan.
Kegiatan 11 penyangak cilik berusia 15 hingga 17 tahun itu sejak awal tahun ini menyebabkan pengurusan Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda di sini, kerugian hingga RM10,000 apabila tabung derma kerap dipecahkan. 
Usaha menjejaki dalang yang bertanggungjawab akhirnya berhasil apabila anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kampung itu berjaya mencekup empat daripada 11 remaja terbabit, jam 1.30 pagi kelmarin. 

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Muda, Mejar (B) Shamsudin Ismail berkata, suspek termasuk calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang menduduki peperiksaan itu bermula semalam ditahan ketika mengumpil tabung masjid. - hmetro

------------------------

Budak zaman sekarang ni begitu berani mencuri tabung masjid, pandai berlakon dan tolong orang masjid kutip derma tapi rupanya2 songlap duit derma orang ramai. Jadi ibubapa kena sentiasa awasi anak-anak remaja tah sapa kawan dia, apa yang dia buat, kalau tak malu mak bapak nanti. Diorang ni patut masuk kem ibadah, duduk dan istiqfar selama 1 bulan, sehingga mereka benar2 bertaubat. Kalau tak...bila dah besar nanti boleh sambung kerja haram ni
------------------------------
Penaja
Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat

Bulu baru tumbuh lebih lambat dan halus dan lembut. 
Wax dari bahan semulajadi madu dan green tea

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...