Sunday, October 20, 2013

Kejam! Penembak Sasar Janin Wanita Hamil


Damsyik: Wanita hamil dan bayi mereka dilaporkan menjadi sasaran latihan penembak curi rejim Bashar al-Assad di Syria, kata seorang pakar bedah British dan dilaporkan media semalam.

Menurut pakar bedah itu, setiap hari penembak curi menyasarkan tembakan mereka pada bahagian tubuh berlainan orang awam yang keluar membeli bekalan makanan.

David Nott berkata, dia menghabiskan masa sepanjang minggu di sebuah hospital Syria, tetapi lokasinya dirahsiakan atas faktor keselamatan.


Kata Nott, jika pada satu hari penembak curi itu menjalani latihan menyasarkan bahagian tembak leher, keesokan harinya mungkin mereka memilih dada.“Sehari kemudian mereka menumpukan tembakan pada kemaluan mangsa,” katanya kepada akhbar Times.


Menurut Nott, apa yang berlaku itu dianggap sekadar satu permainan di kalangan penempak curi. 

“Kami dimaklumkan penembak curi dihadiahkan sebungkus rokok jika sasaran mereka tepat mengenai orang awam,” katanya.

Nott berkata, dia mendapati semua wanita yang menjadi mangsa ditembak di perut.
Justeru, katanya, mereka percaya penembak curi itu memang menyasarkan janin wanita hamil. 

“Perbuatan itu memang disengajakan,” katanya.

Dianggarkan secara purata enam wanita hamil ditembak sehari. 

Walaupun ada dua kes wanita hamil menjadi mangsa berjaya diselamatkan, janin mereka disahkan terbunuh apabila otak mangsa ditembusi peluru.

Nott yang menjadi pakar bedah sukarelawan di Bosnia, Libya, Chad, Sudan dan Republik Demokratik Kongo baru pulang dari Syria menganggap negara itu zon perang pertama menyasarkan orang awam, terutama wanita hamil. - Agensi
---------------------
Sebenarnya ada banyak gambar-gambar yang menyiksakan mata untuk melihat, tak sampai hati nak upload, kesian pada wanita dan anak-anak kecil yang bertidak berdaya dan berdosa...semoga Allah selamat kan mereka semua secepat mungkin insyallah...sama-samalah kita berdoa

Penaja

Tonik Suburkan Rambut

Paling Laris Di Pasaran

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas