Isteri Psycho Setia Tak Bertempat



Sering meminta duit daripada teman wanita atas pelbagai alasan tidak munasabah termasuk kereta selalu mengalami kerosakan atau ketiadaan pekerjaan yang tetap, antara sebahagian daripada ciri-ciri lelaki yang perlu dijauhi.
Ini kerana ia juga sebahagian ciri yang ada pada lelaki golongan penagih yang akhirnya akan mengheret wanita sebagai ‘penanggung’ ketagihan sehingga mereka hidup menderita. 
Biarpun rata-rata lelaki penagih mempunyai sifat penyayang dan sangat mengambil berat terhadap pasangan mereka, ia sebenarnya bersifat sementara dan digantikan dengan keganasan apabila wang sudah tidak cukup untuk menampung keperluan ketagihan mereka. 


Pakar Psikologi Pusat Pengajian Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Khaidzir Ismail berkata, daripada kajian yang dijalankan pihaknya, kebanyakan penagih wanita selalunya terbabit dalam gejala dadah akibat desakan, dorongan atau pengaruh daripada teman lelaki ataupun suami mereka.



Menurutnya, berdasarkan temu ramah yang dilakukannya, wanita sememangnya golongan yang menerima pasangan mereka seadanya biarpun lelaki berkenaan penghidap HIV ataupun penagih dadah tegar.




Biarpun diberi penerangan berkenaan keadaan itu dan dinasihat berfikir semasak-masaknya demi masa depan terutama wanita yang masih bujang, mereka memilih untuk terus setia dengan pasangan yang dirasakan sudah ditakdirkan buat mereka. 



“Dari segi psikologi, wanita ini sukar memberi kepercayaan di awal perkenalan tetapi sebaik mereka menerima lelaki itu dalam hidup, mereka akan komited dan setia biar apa sekalipun. 



“Ini kerana mereka berpegang kepada kesetiaan, harapan serta kepercayaan selain melihat kepada potensi hubungan serta lelaki berkenaan, walaupun pandangan orang lain tidak sama,” katanya. 



Katanya, wanita mempunyai jiwa yang halus dan mudah percaya pada kata-kata orang yang disayangi. Mereka mudah memaafkan biarpun sudah disakiti berkali-kali oleh pasangan. 



Khaidzir berkata, kes seperti itu dirujuk sebagai sindrom penderaan yang banyak ditemui pada isteri yang menjadi mangsa dera suami selama bertahun-tahun namun masih setia walaupun orang di sekeliling menasihatkannya berpisah saja. 



“Apabila mereka marah atau disakiti, suami memujuk mereka dan mereka akan berbaik semula kerana mudah percaya dengan pujukan serta ucapan sayang padahal secara realitinya mereka sebenarnya menjadi mangsa lelaki itu. 



“Kalau diikutkan, sepatutnya wanita mengambil keputusan bijak dan tinggalkan saja lelaki jenis ini kerana lelaki tadi mungkin bersikap ‘baik’ sebelum menunjukkan perangai sebenarnya sekali lagi,” katanya
------------------------------
Siapa sangka selepas bercerai, dapat yang lebih baik macam suami abby
semoga bahagia

Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari, sapukan losyen panas masa nak guna
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

Kuruskan Badan Dengan Pantas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...