Siapa yang tak kenal dengan butik Zara?
Pemiliknya adalah Amancio Ortega Gaona adalah seorang fashion designer yang terkenal dan juga seorang ushawan. Dia adalah antara billionaire yang terkaya didunia dalam senarai Majalah Kaya Forbes, pada syarikat miliknya Inditex Group. Dilahirkan pada 28 Mac 1936 di Leon Sepanyol, keluarganya dari golongan kelas menengah yang biasa. Bapa kerja keretapi, dan mak dia pulak kerja sebagai orang gaji di rumah orang. Pada umur 13, Ortega mulakan kerja sebagai pembuat baju sebagai deliveryman di Galia di kawasan industri tekstile. Dia pernah kerja di banyak kedai dan berurusan dan berkerja dengan banyak tukang jahit dan boleh lihat sendiri bagaimana pertukaran kos harga dari pengilang kepada pembeli.
Jadi dia sentiasa berfikir bagaimana untuk mengurangkan middleman ni....supaya keuntungan dapat dilipatgandakan kepada pengeluar. Dia tak pernah masuk sekolah menegah dan mungkin terpaksa meneruskan kerja dalam industri tekstile, selepas menjadi seorang pengurus di butik pakaian, dia dapati seawal usia mudanya hanya orang-orang yang kaya dan berkemampuan dapat kain yang berkualiti. Jadi di berfikir bagaimana orang yang berkelas sederhana dan kurang berkemampuan dapat beli barang yang berkualiti dengan harga yang lebih murah.
Jadi dia mulakan dengan buat produk dia sendiri, sebab dia dah biasa dengan tekstile, dia tahu beli fabric yang murah dari Barcelona dan jual kain yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di keda-kedai berdekatan. Pada tahun 1963, masa tu umur baru 27 tahun, dia sudah ada syarikat dia sendiri dinamakan Confecciones Goa yang menjual baju tuala mandi robe dengan kain yang berkualiti. Dia meneruskan untuk membina syarikat dan pada tahun 1975 Butik Zara dilahirkan. Masa itu dia sudah mahir bagaimana mendapatkan harga yang murah untuk barang yang berkualiti tinggi. Jadi Zara terus menjadi popular di Spanyol, selain itu dunia juga punyai strategi bisnes bagaimana mengurangkan stok dengan menghasilkan rekaan yang baru selang seminggu dua.
Sekian...harap dapat manfaat
Kesimpulannya....
Mulakan bisnes dengan minat dan apa yang kita benar-benar tahu...
Fokus pada bisnes yang kita banyak tahu
Cari kelainan dan improvement
Mulakan dengan usia muda
Strategi itu juga penting
hati-hati..hehehe
Penaja
No comments:
Post a Comment