Vikingdom Trailer Arahan Yusry Review

PENGGUNAAN kostum amat bersesuaian bagi setiap watak yang ditampilkan dalam Vikingdom.


JIKA tidak mengetahui fakta bahawa Vikingdom merupakan buah tangan daripada pengarah Malaysia iaitu Yusry Abdul Halim, pastinya ramai yang menganggap filem yang menelan bajet sebanyak RM20 juta itu adalah filem luar negara yang ditayangkan di Malaysia.
Ini kerana kesemua pelakon yang membintangi Vikingdom merupakan pelakon luar negara, malah filem itu juga seolah-olah dirakamkan di luar negara sedangkan semua babak dilaku- kan di Malaysia.
Itu kelebihan Yusry yang bijak menggunakan kesan khas visual (CGI) untuk filem terbaharu arahannya itu biarpun ada beberapa babak yang dianggap tidak realistik.
Babak tidak realistik itu, terutamanya ketika tunjang utamanya iaitu Irick Bloodletter (Dominic Purcell) berdepan dengan cabaran sekumpulan kuda untuk berenang ke dasar laut bagi mendapatkan tanduk yang mampu menghapuskan musuh ketatnya, Thor (Conan Stevens).
Lebih realistik jika Yusry menggunakan makhluk-makhluk berwajah hodoh berbanding kuda-kuda normal yang kita sedia maklum habitatnya adalah di darat! Babak itu sedikit sebanyak menggelikan hati.
Begitu juga cabaran akhir yang perlu diharungi Irick iaitu bertembung dengan anjing gergasi. Anjing tersebut juga tidak kelihatan realistik, malah langsung tidak menggerunkan apabila ia cuba mengejar dan memakan Irick. Timbul juga rasa geli hati di situ.
Bagaimanapun, sejujurnya apa yang amat membanggakan adalah Yusry berani menghasilkan filem berkisarkan tentang Thor (Dewa Petir) yang dianggap antagonis dalam kepercayaan orang-orang Viking.
FANTASI... Siapa sangka filem Vikingdom ini merupakan hasil arahan seorang anak jati Malaysia.


Suami kepada pelakon jelita, Lisa Surihani itu juga kreatif kerana mengolah jalan cerita tersebut supaya tidak menyamai cerita-cerita tentang Viking yang sedia ada khususnya yang pernah dihasilkan Hollywood.
Vikingdom mengisahkan seorang raja bernama Irick Bloodletter yang mati tetapi dihidupkan semula oleh dewa. Dia dihidupkan atas amanah yang perlu dilaksanakan iaitu membunuh Thor dan konco-konconya yang merancang untuk memusnahkan dunia.
Misinya itu tidak dapat dilaksanakan seorang diri apabila dia perlu mengumpulkan tenteranya bagi menghapuskan Thor dan konco-konconya. Irick bersama teman baiknya iaitu Sven (Craig Fairbrass), akhirnya disertai oleh Yang (Jon Foo), Brynna (Natassia Malthe) dan lain-lain lagi.
Taruhan Yusry memilih Dominic Purcell sebagai tunjang utama pada dasar- nya agak menarik dan ia juga mampu menarik penonton kerana ramai mengenali hero tersebut menerusi siri TV popular, Prison Break.
Malangnya, lakonan Dominic ibarat seperti kata pepatah ‘melepaskan batuk di tangga’. Lontaran dialog, memek muka dan aksi lawan yang ditonjolkan kaku dan tiada jiwa!
Begitupun, pujian harus diberikan kepada watak Thor lakonan Conan Stevens, heroinnya Natassia Malthe dan juga watak hamba abdi dari China, Jon Foo yang cukup menghidupkan watak dalam filem tersebut.
VIKINGDOM banyak dibantu dengan penggunaan CGI.


Secara keseluruhannya, Vikingdom tidak rugi ditonton kerana ia membukti- kan kemampuan rakyat Malaysia dalam menghasilkan filem yang hampir menyamai standard produksi antarabangsa, malah tenaga kerjanya juga adalah 100 peratus dari Malaysia.
Biarpun jalan ceritanya agak membosankan kerana tegang dan tidak diselitkan dengan sebarang humor, selain beberapa babak tidak realistik yang begitu ketara, namun ada juga babak- babak menarik dalam Vikingdom.
Antaranya, babak pertarungan yang membabitkan Brynna dan Jon Foo bersama dengan konco-konco Thor. Aksi pergaduhan dan wajah dua pelakon itu mampu menarik penonton melekat lama di kerusi pawagam.
Begitu juga, penggunaan kostum- kostum yang bersesuaian dengan setiap watak. Buat Yusry, Vikingdom merupakan satu percubaan yang bagus untuk meniti anak tangga keja- yaan dalam menghasilkan filem bertaraf global pada masa hadapan.
-----
---------------------
Wah....macam bestnya..sebenarnya saya ni bukannya kaki wayang, tapi nak tengok gak filem buatan tempatah ni arahan yusry ... tahniah yusry....memang berbaloi taruhan rm20juta..buat filem hollywood sebab boleh pasarkan seluruh dunia..kalau buat kat malaysia, pasaran hanyalah orang malaysia saja...cuma kalau orang melayu buat filem, cubalah bagi pompuan hero tu pakai elok sikit...adalah kelaian..saya tengok scene musim sejuk pun pakai coli jerk...
Semoga sukses!! wife pun cun melecun..



Penaja Atikel
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas


Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari 
Percuma losyen panas lavender, selain membakar lemak, dapat melembutkan kulit dan berbau harum

Kuruskan Badan Dengan Pantas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...