Awang Hitam Bermodalkan kata-kata manis melalui laman sosial Facebook dan Twitter

 


 IPOH - Bermodalkan kata-kata manis melalui laman sosial Facebook dan Twitter beberapa wanita tempatan telah terpedaya dengan pujuk rayu dua lelaki warga Nigeria yang terbabit dalam sindiket penipuan ‘African Scam’ yang dipercayai bergiat aktif sejak tiga tahun lalu.
Kedua-dua mangsa, seorang guru, 40 tahun dan jururawat berusia 32 tahun membuat laporan polis pada bulan lalu selepas menyedari mereka ditipu oleh Awang Hitam terbabit.
Mereka yang mengalami jumlah kerugian lebih RM100,000 itu membuat laporan di Ipoh dan Taiping apabila suspek tidak menghubungi mereka selepas menerima sejumlah wang yang diminta sebelum ini, kononnya untuk membayar cukai bagi penghantaran barang dari luar negara.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, bagaimanapun taktik tersebut akhirnya terbongkar apabila tiga warga asing dan seorang warga tempatan diberkas di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan pada 25 Julai lalu.

Menurutnya, dua daripadanya adalah lelaki warga Nigeria berusia 58 dan 34 tahun manakala dua lagi wanita merupakan warga Jepun berumur 27 tahun dipercayai teman wanita kepada salah seorang lelaki terbabit.

“Seorang lagi wanita warga tempatan berusia 42 tahun turut ditahan kerana dipercayai bersubahat dalam memberi akses kepada akaun simpanannya bagi memberi ruang untuk mangsa memasukkan duit yang telah diminta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perak, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Perak Superintendan Maszely Minhad.

Mohd Shukri berkata, dalam serbuan yang dilakukan di rumah tersebut, pihaknya menemui beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan sindiket penipuan itu.

“Hasil pemeriksaan di kediaman itu, kami menemui, lima telefon bimbit pelbagai jenama, empat buku akaun bank, empat kad ATM, empat pasport telefon talian tetap, modem internet dan sekotak kad nama.

“Lebih mengejutkan apabila kedua-dua suspek warga Nigeria itu masing-masing mempunyai tiga dan dua pasport setiap seorang,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi yang dijalankan kumpulan terbabit adalah menunjukkan personaliti tinggi dan kaya serta mempunyai peribadi yang baik dalam agama dianuti.

“Selepas mangsa terjerat, suspek memaklumkan akan menghantar barangan bernilai kepada mangsa sebagai tanda kasih sayang sebelum menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai ejen syarikat penghantaran atau pegawai kastam.

“Ejen dan pegawai palsu itu akan meminta mangsa membayar wang cukai jika ingin menerima bungkusan tersebut,” katanya.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun, sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

“Dua suspek lelaki terbabit turut dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana penyalahgunaan dokumen perjalanan.

“Berikutan itu, kami menasihatkan kaum wanita supaya tidak terpedaya dengan kenalan baru terutamanya melalui laman sosial agar mereka tidak kerugian wang ringgit akibat penipuan tersebut,” katanya yang turut memberitahu terdapat 51 kes penipuan
sehingga Ogos ini yang melibatkan kerugian RM1.87 juta berbanding 83 kes sepanjang 2012 dengan jumlah kerugian RM1.01 juta.



Rasai Kuasa Tenaga Warna

Photon Ultrasonic Alat Kecantikan Wajah Terkini dan Terlaris Di Jepun, Mengebukan, Memutihkan dan Membunuh jerawat dan Mengurangkan Kedutan dengan pantas dan alat wap sejuk panas memecahkan partikel air ke tahap ion yang paling kecil. 
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or SMS 013 308 4906 
-------------------------------------------------------------



Tawaran Hebat



Blouse, Dress dan Kurung Moden
Lagi Banyak koleksi d http://sinarjahitan.blogspot.com
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or SMS 013 308 4906 


----------------------------
Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?
Khidmat Catering, Cake, Coklat and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 or sms 013 308 4906

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...