Kisah Isteri Kedua Yang Sabar


Assalamualaikum, Goodmorning min. Hide fb ok. Sekadar perkongsian. Mana yang baik diambil, yang buruk dijadikan tauladan. Mungkin agak panjang, sebab aku tak reti nak bercerita. Bini no 2 ,3, 4 perampas? Mentaliti kita sekarang. Tapi nak salahkan perempuan sepenuhnya pun tak boleh. Barangkali jika lelaki itu benar” Mampu, lebih” lagi dari sisi AGAMANYA, inSyaaAllah, isteri bakal redha. Kat sini aku nak share 1 cerita. Pengalaman sendiri. Tak, tak perlulah ditanya. Seperti yang aku kata, yang baik diambil yang buruk dijadikan tauladan. Ada seorang lelaki, umurnya diikutkan sekarang sudah 85 tahun. Sudah berkahwin, ada 6 orang anak. 3 lelaki , 3 perempuan. Isteri pertama, umur sebaya.
 Lumrah orang lelaki, balik kerja mahu dibelai, mahu dimanja, tanggungjawab nafkah, tempat tinggal, anak. Seluruhnya, ditunaikan. Cuma mengharap sedekah dan ihsan si isteri untuk melayani, masak, buatkan air ketika penat bekerja, isteri tak bekerja. Memang bukan tanggungjawab isteri masak berbagai, mengemas sekian. Tapi salahkan seorang suami mengharap ihsan isteri? Pulang kerja penat rumah bersepah. Anak dah besar, dah bekerja pun. Ada 1 waktu, suami sudah tidak dapat menahan sabar. Balik kerja, makanan tak ada, layanan tak ada. Letih, sudah lama pendam rasa.
 Suami kata, “Jangan marah kalau aku cari isteri baru” , isteri pun berkata , ” Ha carilah kalau ada yang nak dengan kau! Dah tua tua. Carilah kalau ada” Kecewa si lelaki. Si lelaki ada adik perempuan yang mana merupakan majikan seorang wanita luar negara, wanita tersebut kerjanya rajin, tiptop, dan bertanggungjawab serta amanah. Kerja disini untuk bantu sara keluarga. Sudah lama diperhati. Adik perempuan lelaki tesebut seorang yang sangat bengis. Pekerja sering bertukar ganti sebab tak tahan dengan bengis adik perempuan ni, tapi pada wanita tersebut, sebaliknya. Dia bertahan lama sehingga majikan yang bengis tu pun tak pernah memarahi dia. Kuncinya, kerja dengan ikhlas. Oh ya, kerja diorang adalah sebagai pekebun, perniaga & buat kuih. Gaji pun ciput . Zaman dulu kan.


Si wanita ni banyak yang berkenan tapi tak pernah melayan sebab dalam kepala fokus keluarga, adik beradik ramai. Dan dia merantau. Berbalik pada lelaki tadi, dia jumpa dengan adiknya, berpakat, nak kahwin dengan wanita tersebut. Memandangkan segala pasport, permit dan dokumen wanita tersebut ada pada mereka, jadi urusan mereka mudah. Dan wanita ini adalah terlalu lurus berbendul bendul. Mereka menyatakan pada wanita tersebut untuk mengikut mereka menguruskan pasport. Wanita itu menurut. Sedang hakikatnya wanita itu dibawa ke sempadan untuk dinikahi. Dulu-dulu, sebatang kara, perempuan, dengan bergantung hidup pada ihsan majikan, apa lagi yang boleh dibuat?
Fikir maruah keluarga , tak mahu menyusahkan. Akhirnya, bernikah. Awalnya tergamam, tapi kerana ikhlas, sabar dan redha, perempuan itu menganggap ini ujian dan jalan Allah pada dia. Maka, jadilah dia isteri muda. Lepas nikah, 3 bulan tak duduk sama. Wanita tersebut dah kerja kilang, jadi duduk kat hostel kilang. Lelaki tadi sering datang melawat, bagi duit belanja, wanita tersebut terpinga”. Lelaki tu terangkan, “sekarang kau dah jadi bini aku, tanggungjawab aku”. Lelaki tersebut sudahpun jujur dengan isteri pertama serta anak”. Mereka tak terima.
Langsung tak terima lalu menyalahkan perempuan tersebut perampas, menyalahkn ayah diorang lupa susah senang macam mana. Sedang waktu dan ketika itu, ayah mereka cuma ada seketul kereta, lori, sedikit kebun. Jarak umur antara si lelaki dan wanita tersebut adalah 40 tahun lebih yang mana usia wanita tersebut sebaya dengan anak bongsu si lelaki.Lama” mereka dduk bersama, si lelaki sewakan rumah sementara buat rumah baru. Rezeki si lelaki mencurah”. Daripada simpanan cuma puluh ribu, dapat menjadi ratusan ribu. Drpd aset seketul dua, dpt jd berpuluh aset pakej utk disewa, pakej boleh hire pekerja. (Lelaki ni pekebun).
Dan wanita ini tetap ditomah, tetap tak diterima pihak keluarga pertama. Sabarnya wanita ini menjadi kunci untuk lelaki bertahan. Entah kerana bendul, atau terlalu yakin dengan percaturan Allah, tak tahu mana satu kekuatan dia yg sebenar. Isteri pertama masih layanan acuh tak acuh, dgn alasan dah ada pucuk muda, pergilah. Lelaki masih menjalankan tanggungjawab dengan baik. Sampai 1 waktu, isteri pertama sakit. 6 orang anak, semua sibuk kerja, alasan itu ini untuk menjaga. Hujungnya wanita ini yang menjaga, dari mandi, basuh najis, atas sampai bawah, makan apa semua, wanita ini yang mengurus. Anak anak?
Entah kemana. Sekadar datang sekali dua, lalu merasa sudah berjasa. Hujungnya, berbaik isteri pertama & kedua. Hingga hujung nafas isteri pertama, isteri kedua yang menjaga. Sampai sekarang, keluarga belah lelaki & belah isteri pertama, sangat sayang dengan isteri kedua. Seterusnya, selang beberapa tahun. Anak perempuan sulung, orang yang paling menolak wanita tersebut berkahwin dengan ayahnya, sakit kanser. Sudah berkahwin, ada anak. Pun jua, isteri kedua sudah menganggap seperti anak sendiri. Dijaga, dibelai, dibersihkan, dipotongkan kuku hingga akhir nafas, ibu tiri tersebut ada dsisinya.
Dia sempat minta maaf. Adik beradik lain? Masih dikelabui. Wanita tersebut ? Tak peduli. Katanya, Allah ada. Berlanjuta dengan si suami pula, diserang sakit. Bertahun tahun. Awalnya sakit biasa. Masih boleh bekerja tapi ditahun akhir, suami perlukan orang membantu. Dengan usia dah 70 lebih, makan, berak, kencing semua perlu dibantu. Yang jaga? Masih isteri kedua. Anak anak? Sibuk. Kerja. Paling sedih si lelaki sulung, jengah sekali, tak sampai sejam, langsung tak jumpa.
Alasan marah dan tak terima ayah kahwin lain. Kononya dia yang bersusah payah dulu. Hingga hujung nyawa si ayah pun, anak lelaki tersebut tak datang. Paling sedih, lepas ayah meninggal, harta jadi rebutan. Hingga timbul ura. Isteri kedua bolot semua harta, sembunyikan harta ayah. Sedang hakikatnya, semua dah dibagi sama rata, isteri kedua? Menumpang pada harta anak yang diperoleh bersama suami. 2lelaki 1 perempuan. Dan anak2 masih bawah umur. Anak isteri pertama semua dah kawin, semua dah berjaya. Dah ada life sendiri, anak  isteri kedua masih kecil, sekolah. Harta dah dibagi sama rata, ikut faraid. Masih juga ada yang mempertikai.
Paling kelakar, bab harta semua berebut. Main agama. Tapi bab tanggungjawab? Umur dah besar, didikan semua cukup. Barangkali mereka lupa, adik yang ditinggal ayah itu juga tanggungjawab mereka .Isteri kedua? Masih begitu, redha, terus berbuat baik. Anak isteri pertama kalau susah, masih juga mencari isteri kedua. Isteri kedua tak pernah kisah atau ungkit apa2. Padanya, Allah ada dan dia mampu menyara anaknya.
Kesimpulannya disini, tak semua orang kedua itu perampas. Kadang dia yang paling banyak berkorban segalanya. Tapi tipik manusia dan melayu, asal kahwin baru. Jadi babi sondol, asal kawin baru, jadi perampas. Sedang dalan islam, takde pun macam tu. Memang sudah ditakdir begitu. Tapi yang lelaki pun, tak payah guna agama sebagai lesen untuk kahwin banyak. Kalau rasa solat 5 waktu masih berat, kalau rasa nak bukak quran selembar masih malas, kalau nak jejak kaki ke majid pun berat, lupakanlah. Harta, dunia, tidak menjamin apa2. Agama inSyaaAllah menjamin segalanya. Maaf kalau terabur, harap apa yang cuba disampaikan sampai. Tq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...