Hubungan bersama pasangan bukan hanya melibatkan sentuhan
pada bahagian intim sahaja. Terdapat lima bahagian pelik yang wanita suka yang
selama ini mungkin anda tidak tahu. Bahagian apa agaknya itu?
Parut
Baru nampak ‘jantan’ bila ada parut. Itu pandangan pakar
terapi seksual dari Michigan, James Syeridan tentang lelaki yang mempunyai
parut. Parut kebiasaannya sinonim dengan kaum lelaki dan dianggap sebagai
lambang kejantanan. Ia juga secara tidak langsung menunjukkan lelaki tersebut
adalah lelaki yang aktif dan tidak mudah tewas apabila berada di ranjang.
Kepala Botak
Untuk lelaki yang mengalami masalah rambut atau malas
menghabiskan masa berfikir tentang penjagaannya, gaya botak adalah pilihan
sesuai. Ramai wanita mengakui lelaki botak juga memiliki keseksian tersendiri.
Malah, menurut James Syeridan, berdasarkan kajiannya, lelaki botak nampak lebih
maskulin dan dominan.
Rongga Peluh
‘Bau ketiak; adalah perkataan yang paling ditakuti lelaki,
terutamanya ketika mereka dikelilingi kaum wanita. Namun tahukah anda peluh
lelaki jika ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya mampu mencipta aura sensual tersendiri?
Melalui kajian Doktor Laura Berman, Ph.D dari Amerika,
“Isteri perlu megambil peluang untuk berasmara dengan suami ketika pada awal
tempoh peluhnya dirembeskan kerana peluh lelaki memiliki bau asli yang boleh
merangsang nafsu berahi.” Jangan bila sudah peluh banyak pula baru nak foreplay
kerana ketika itu peluh sudah mengeluarkan aroma yang kurang menyenangkan!
Ketiak
Memang benar bau badan mudah terhasil daripada bahagian
ketiak khususnya. Namun, ketiak adalah antara susuk tubuh yang paling digemari
wanita. Melalui kajian Bahagian Biologi Manusiadi Universiti Pennsylvania,
Amerika, bau dari ketiak lelaki membantu wanita menurunkan tekanan, memberikan
ketenangan dan melancarkan perjalanan haid. Malah, kajian itu juga mendapati
bulu diketiak lelaki sewajarnya dibiarkan lebat kerana ketiak berbulu ini mampu
menyumbang kepada peningkatan ghairah wanita.
Kuku
Buat lelaki, pastikan kuku kaki dan tangan kamu pendek dan
bersih. Walaupun bersaiz kecil, kuku yang panjang dan tajam mampu mencederakan
bahagian sensitif tubuh isteri dan ini boleh mengakibatkan hilangnya ‘selera’
si isteri untuk terus berasmara.
You all kalau nak nampak ramping, mantap click sini hokay...
Pasti husband you senang nak dengar pendapat you... sebab perempuan tahu jaga body, suami senang nak dengar cakap...click sini http://islalisacorset.com
No comments:
Post a Comment