Siapa kita untuk menidak kan ketentuan Tuhan. Begitu juga
bila bab jodoh dan pertemuan. Semuanya adalah rahsia, hanya Dia yang tahu alasan
dan sebab dan musababnya, mengapa dia menjadi pasangan kita.
Malah, tiada siapa dapat menjangka anda akan bertemu jodoh
dengan wanita yang lebih berusia. Sebagai pasangan yang lebih muda usianya
jangan jadikan ia faktor anda tidak bahagia apabila tidak ada keserasian
bersama.
Sebaliknya cuba positifkan diri bahawa anda adalah lelaki
yang power dan hebat kerana mampu menawan hati wanita yang lebih berusia.
1. Intai Sifat Matangnya
Fahami isteri dan jadikan diri lebih matang. Itu tidak
bermaksud anda harus tinggalkan perangai ‘gila-gila’. Anda masih boleh jadi
diri anda, cuma perlu ‘mendewasakan’ sedikit pemikiran.
2. Kenali Rakan Isteri
Mungkin masa bercinta anda tidak berapa kenal isteri anda.
Dekati rakan-rakannya untuk tahu sikap sebenar dan elakkan cemburu buta bila
isteri meluangkan masa bersama rakan.
3. Cuba Saingi Pengalaman Isteri
Berkahwin dengan isteri lebih tua, isteri lebih ‘makan
garam’. Tapi, jangan harapkan isteri buat semua tanggungjawab anda. Apa
salahnya untuk menyaingi pengalaman yang ada pada isteri.
4. Bergaul Dengan Orang Lebih Berusia
Sebagai suami, anda mesti menghadapi masalah untuk masuk zon
atau era zaman isteri. Untuk memahami isteri apa kata anda bergaul dengan
mereka yang berusia, secara tak langsung anda akan mula terikut-ikut cara
‘orang dewasa’ bergaul.
5. Jaga Sensitiviti
Jangan mudah terikut-ikut darah muda. Mungkin bagi kawan
sebaya tidak menjadi masalah. Tapi tak semua orang boleh terima, lagi-lagi
mereka yang lebih berusia.
6. Bertolak Ansur
Bertolak ansur hubungan rumah tangga lebih aman. Jika anda
berdua mengamalkan perkara ini, percayalah, hubungan anda akan sampai ke akhir
hayat.
7. Banyak Bersabar
Ada je yang tak kena, lagi-lagi bila isteri cuba ubah anda
jadi lebih matang. Tak salah jika anda bersabar dan cuba ikut caranya. Mungkin
masa mula-mula je isteri akan suka, lama-kelamaan ia akan bosan apabila anda
tidak ada jati diri dan pegangan hidup.
Paling penting jangan lupa pakai corset. Kalau perut nampak dah tak cantik, orang mengata plak... so please la pakai hokey....
Click sini islalisacorset.com
Click sini islalisacorset.com
No comments:
Post a Comment