Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar
pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala
maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di
dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari.
Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan
fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak
fokus di dalam kelas? Jadi, admin ingin berkongsi 10 cara hebat memaksimakan
fokus anda ketika di dalam kelas. Jom!
1. Set Niat:
Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda
didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat
ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan
segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar
segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah
fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam
kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk
mencapai apa yang dicakapkan.
2. “Preview” Topik:
Kelonggaran fokus lazimnya
berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula
kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal
tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam
kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain
itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk
terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.
3. Catat Nota:
Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu
anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang
tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa
“tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat
berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat
mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk
menghasilkan nota yang lebih efektif.
4. Kawal Pernafasan:
Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif
dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta),
iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan
normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam
keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan
tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam
diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha
menghasilkan ketenangan kepada otak.
5. Postur Badan:
Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya,
jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur
bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda
berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk.
Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang
akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu,
menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.
6. “Refresh” Visual:
Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual
yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda
menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda
dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan
luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan
menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan
hitam.
7. Gerakkan Badan:
Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata
pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk
tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit
anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan
senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan
ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah
ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.
8. Minum Air:
90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses
pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan
aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan
kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan
tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau
air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak.
Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.
9. Cukup Tidur:
Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak
cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang
cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur
anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.
10. Teknik Herotan:
Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan
pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik
ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu
mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan
data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita
lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan
dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti
Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!
Semoga petua dan tips yang dikongsikan ini dapat membantu
anda untuk lebih fokus di dalam kelas. Dapatkan lebih banyak tips belajar di
Tips Belajar Hebat. Selamat belajar dan berjaya diucapkan untuk anda semua. All
the best, guys!
Hustle up and Be GREAT!
Oklah para ibu sekalian, Jangan lupa jaga body, agar cantik, slim dan ramping.
No comments:
Post a Comment