Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek
agar menjaga organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan
untuk tujuan itu.
Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang
kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan
zuriat.
Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan
masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan
terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.
Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah
pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah.
Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang
sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan
rahim.
Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh
berfungsi. Tapi rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti
hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan
banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.
Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah
fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia boleh
dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.
1. Waspada jika
ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik
beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang
10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang
timbul dari sekitaran.
2. Fungsi utama
rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh
mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim
membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup
semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari
ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan
fibroids dan adenomyosis.
3. Rahim sangat
dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen
menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia}
progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel2 otot
rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama.
Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting
bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan.
Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam
penyakit dan gangguan.
Diantaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari,
adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga
jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan
spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
4. Faktor yang
mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone
rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal,
stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat,
mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan
penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan
progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.
5. Penjagaan
rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan
dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah
ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.
Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh
faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen
vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak
perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja.
Supplemen tersebut akan meningkatkan
Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya
dirahim.
6. Kegemukkan
perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka
junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah
tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda
kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.
Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak
berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.
Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid
terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan.
Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan
akhirnya merosakkan rahim.
7. Remaja perlu
dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan
kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan
jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul
apabila kahwin kelak.
8. Banyakkan
zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang
bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita
dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi
isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid
‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim
retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan
terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan
immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta
peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan
adenomyosis.
9. Dipercayai
darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan
gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita
tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat
sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
10. Banyak
makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi
enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan
untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti
keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit
estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu
penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan
anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam,
sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak
makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan
lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain.
Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel,
tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi
antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing)
setiap hari.
11. Amalkan
supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish
oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Sumber : Dr Hamid Arshat
Semoga Bermanfaat…!!!
Mantapkan Payudara Dengan Pantas dan Selamat
Click http://feredeabeauty.blogspot.my
Click http://feredeabeauty.blogspot.my
No comments:
Post a Comment