·
Baca buku
– hendak ‘exam’ mestilah baca buku, tetapi ada cara membaca bagi ‘study last
minute’ .
·
Baca
ringkasan – kalau pelajar rajin buat nota awal-awal dulu memang senanglah
hidup, tapi bagi yang
·
tidak
berapa rajin tu anda perlu tahu benda penting yang perlu dibaca, jangan
baca satu buku teks tu. Ini penting terutamanya subjek sejarah yang perlukan
menghafal.
·
Nota
pendek – ini pun bagi mereka yang dah siapkan nota pendek ni awal-awal.
Tapi kalau pun ada pelajar yang malas, buat-buatlah baik dengan mereka yang
rajin ni,pinjam nota dan fotostat dan baca.
2) Rajin jumpa cikgu
– masa macam nilah cikgu akan banyak bagi tips soalan dan cara nak jawab.
Jangan segan-segan nak jumpa cikgu.
3) Bincang –
bincang dengan kawan apa yang dah dibaca, “study group”. Ianya amat berkesan di
saat akhir begini. Membantu untuk lebih ingat.
4) Jangan tidur lewat
– memanglah masa dah suntuk, tapi tidur lewat bukan caranya. Ianya hanya akan
lebih melemahkan anda untuk belajar keesokannya. Tetapkan masa tidur, paling
bagus tidur pukul 10 mlm. Esok pagi bangun awal untuk belajar lagi.
5) Jangan hapuskan masa
bermain – hanya kurangkan. Anda masih perlukan masa sendiri untuk bermain
atau bersukan bagi melegakan tekanan seharian belajar.
6) Banyakkan berdoa
– bagaimana kuat pun usaha kita, Allah jua yang menentukan segalanya, jadi
jangan sombong sangat tak mau menghadap Allah. Minta lah pada dia ketengan
semasa menjawab. Kukuhkan ibadah dan beramal. Tapi mestilah ikhlas kerana
Allah, bukan sebab nak lulus sahaja.
7) Minta ampun kepada
semua orang – yang paling penting Ibu Bapa kita. Minta mereka doakan kita,
bukan untuk lulus ‘exam’ sahaja tapi juga supaya semasa belajar ilmu itu dapat
diserap dengan baik. Doa ibu bapa paling berkat.
Demikian antara tips yang boleh diamalkan bagi mereka yang
benar-benar ikhlas ingin berjaya dalam PMR kali ini. Pelajar harus pandai
menyusun masa dan jangan stress yang keterlaluan.
Sekian.
Oklah para ibu sekalian, Jangan lupa jaga body, agar cantik, slim dan ramping.
No comments:
Post a Comment