Makin besar kandungan, makin banyak suka dukanya. 4 perkara
berikut ini, cuma ibu hamil trimester akhir yang paling tahu rasanya!
Walaupun menyenangkan, kehamilan juga dilengkapi dengan
berbagai keluhannya. Apalagi jika anda memasuki trimester terakhir.
theAsianparent bertanya pada sejumlah ibu-ibu hamil dan
inilah suka duka yang hanya difahami para ibu trimester akhir. Adakah anda juga
merasakannya?
1. Susah tidur
“Saat baru hamil,
susah tidur kerana loya dan muntah-muntah. Sekarang, susah tidur kerana sesak
dan panas!”
Begitu pendapat ibu-ibu tentang kesukaran tidur saat
kehamilan sudah memasuki bulan-bulan akhir.
Apalagi jika si kecil dalam kandungan memilih untuk mengajak
ibunya main dengan menendang-nendang di malam hari.
2. Ganti kedudukan tidur
Ketika mata sudah terpejam, ada suatu perkara yang sering
dirasakan ibu hamil iaitu kesukaran mengganti kedudukan tidur.
Balik kanan, pegal. Balik kiri, perut terasa sesak.
Tengkurap? Tidak mungkin!
Kalau sudah begini kehadiran bantal guling khas untuk ibu
hamil biasanya membantu.
3. Cepat kenyang
Ibu hamil trimester ketiga sering merasa lapar. Baru sahaja
makan dua suapan, sudah merasa penuh padahal mulut masih ingin mengunyah.
Ini diakibatkan rahim semakin membesar dan mendorong organ
pencernaan. Membuat ibu jadi mudah kenyang saat makan. Penyelesaiannya,
makanlah dengan portion kecil namun sering agar perut tidak terlalu penuh dan
ibu tidak merasa loya.
Ibu hamil mengatakan, ia lebih memilih menginap di toilet.
Kenapa ya? Lihat di halaman selanjutnya!
4. Merasa ‘besar’
Dalam keadaan hamil tua, banyak ibu-ibu yang semakin tidak
percaya diri terhadap bentuk badannya. Mereka merasa tubuh amat besar kerana
perlu baju dan seluar khas untuk wanita hamil.
Apa lagi kalau duduk di tempat umum, boleh ‘makan te
mpat’
yang seharusnya ditempati oleh dua orang.
Tentu sahaja, orang-orang memaklumi keadaan ini. Namun
pengaruh hormon dan kepercayaan diri ibu sendiri yang membuatnya merasa begitu.
Tenang sahaja ya, sebentar lagi si kecil akan lahir dan anda
boleh memakai kembali seluar jeans lama anda!
Kerana rahim yang semakin membesar menekan pundi kencing,
ibu hamil trimester terakhir sangat sering buang air kecil.
“Saya buang air
setiap 30 minit, rasanya ingin menginap aja di toilet!” begitu keluhan salah
satu ibu.
Supaya tidak dehidrasi kerana terus menerus mengeluarkan
urin, jangan lupa mengimbangkan dengan minum banyak air putih.
Jom kita zumba. Pemakaian sport bra mampu berikan semangat, feel dan keselesaan yang berganda pada mereka yang aktif bersukan. Cubalah Islalisa Sport Bra. Dah ramai yang cuba, memang akan pilih sport bra untuk pakaian harian mereka. Selesa, sakit tengok dan sakit belakang pun hilang. Pilihalah sport bra pilihan anda.
No comments:
Post a Comment