Namun adakalanya, wanita seringkali tidak mengetahui dirinya
sedang hamil terutamanya di awal peringkat kehamilan. Berikut adalah beberapa
tanda awal kehamilan yang perlu diketahui.
Kehamilan adalah merupakan satu saat yang sememangnya
diidamkan oleh setiap wanita. Namun adakalanya, wanita seringkali tidak
mengetahui dirinya sedang hamil terutamanya di awal peringkat kehamilan.
Berikut adalah beberapa tanda awal kehamilan yang perlu diketahui.
1. Mengidam
Perubahan selera makan yang mendadak boleh dijadikan salah
satu petanda kehamilan. Walaupun ini tidak boleh dijadikan garis penentuan
kehamilan, tetapi jika ianya diikuti dengan tanda-tanda lain (sila rujuk
ciri-ciri seterusnya), segeralah berjumpa dengan doctor anda untuk pengesahan.
2. Perubahan pada bahagian puting
Jika anda mula melihat perubahan pada payudara anda
terutamanya warna bahagian putting payudara, ini mungkin disebabkan oleh
perubahan hormon pada awal kehamilan. Warna puting akan menjadi lebih gelap dan
akan terasa lebih sensitif.
3. Tompokan darah dan kekejangan perut
Tompokan darah boleh berlaku seawal seminggu kehamilan. Ini
kadang-kala diikuti juga oleh sedikit kekejangan seperti anda sedang mengalami
haid. Proses ini adalah normal ketika sel telur mula melekat pada dinding rahim.
4. Sering buang air kecil
Perubahan hormon ketika hamil adalah biasa dan ini secara
tidak langsung memberi kesan terhadap sistem pencernaan badan anda. Dengan
perubahan itu, sejajar dengan pembesaran bayi anda, ini akan memberi tekanan
terhadap pundi kencing dan seterusnya menyebabkan anda mengunjugi tandas
berulang kali.
5. Merasa letih
Pasa masa tertentu, anda mungkin akan merasa penat yang amat
sekali. Ini juga adalah normal ketika hamil akibat perubahan hormon
progesterone. Dalam masa yang sama, kadar gula dalam darah dan tekanan darah
rendah juga boleh menyumbang kepada gejala penat ini.
6. Perubahan pada payudara
Perkara ini juga seringkali dilalui ketika mengalami
kedatangan haid di mana, payudara akan kelihatan tegang, membesar, membengkak,
sakit dan mudah sensitif terhadap sentuhan.
7. Perubahan deria rasa dan bau
Pada awal kehamilan, anda mungkin akan mengalami deria rasa
dan bau yang tajam terutamanya terhadap bau-bauan yang tertentu. Makanan yang
anda suka mungkin menjadi sesuatu yang amat memualkan manakala makanan yang
anda tidak suka sebelum hamil mungkin akan menjadi sesuatu yang menyenangkan.
8. Mabuk hamil
Ini adalah salah satu petanda yang kerap-kali menjadi
pengukur tanda kehamilan. Mabuk hamil selalunya akan melibatkan rasa loya,
muntah-muntah dan kadang-kala ketidakselesaan perut. Keadaan ini tidak semestinya
dilalui oleh setiap wanita yang baru hamil kerana setiap wanita adalah berbeza
ketika melalui kehamilan. Begitu juga dengan masa terjadinya mabuk hamil, ia
tidak semestinya berlaku di waktu pagi kerana ia juga boleh berlaku di waktu
petang atau malam.
9. Perubahan kitaran haid
Petanda ketara sekali ketika hamil adalah kitaran haid yang
tiba-tiba lambat atau terhenti. Ini akan menjadi lebih ketara jika anda
mempunyai kitaran haid yang teratur.
10. Ujian hamil positif
Jika anda masih ragu dengan semua petanda di atas, cubalah
menggunakan alat ujian hamil untuk memastikan kehamilan anda. Walaupun cara ini
tidak memberi kepastian yang penuh, ia masih boleh membantu anda kerana ujian
ini memberi ketepatan 95%-99%.
Jom kita zumba. Pemakaian sport bra mampu berikan semangat, feel dan keselesaan yang berganda pada mereka yang aktif bersukan. Cubalah Islalisa Sport Bra. Dah ramai yang cuba, memang akan pilih sport bra untuk pakaian harian mereka. Selesa, sakit tengok dan sakit belakang pun hilang. Pilihalah sport bra pilihan anda.
No comments:
Post a Comment