Tips Putihkan Kulit Secara Semulajadi

Ramai yang idamkan untuk punyai kulit yang putih bak sajli untuk menawan hati suami dan buah hati kan. Sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk dapatkan kulit puti gebu gebas ini , tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar. Ini saya kongsikan cara putihkan kulit dengan semulajadi dan bahan yang sangat mudah di dapati. Lepas ini ramai yang cemburui anda tau .



Tak perlu nak berbelanja banyak untuk nampak cantik. Anda boleh je nak kelihatan cantik dan cerah dengan hanya menggunakan barang-barang yang terdapat di dapur anda tu.



1. Skrub Tomato
Cara putihkan kulit yang pertama adalah dengan menggunakan tomato. Selepas anda mencuci muka dengan bersih ambil sebiji tomato dan di belah dua, gosok dan sapukan tomato tadi ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih, nak dapatkan kesan putih yang memuaskan harus di amalkan setiap hari barulah boleh nampak tau.


2. Minum Air Putih Secukupnya
Tubuh perlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Minum air sekurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh mendapat air yang cukup, kulit juga kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.


3. Air Beras
Untuk anda yang selalu memasak tu pasti kenal apa itu air beras, kalau yang tak tau rajin-rajinlah memasak ya hehe. Ketika mencuci beras air bilasan jangan di buang. Ambil air bilasan tadi dan asingkan di dalam baldi, kalau nak tahu air bilasan beras ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan. Air bilasan dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Caranya mudah sahaja ambil air bilasan tadi dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari, barulah boleh nampak kulit beransur cerah.


4. Air Rendaman Limau Nipis
Limau nipis ini mempunyai pelbagai fungsi, buat teh o limau ais pun sedap tau panas-panas ni. Tapi untuk putihkan kulit janganlah nak minum teh o air limau nipis lak kan jadi benda lain lak. Cara cerahkan kulit dengan limau nipis ini mudah sahaja, hiriskan beberapa biji limau nipis dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi, kemudian mandi lah dengan air rendaman ini. Selain untuk putihkan kulit ia juga bantu untuk harumkan badan tau.


5.Beras Pulut Masker
Sebelum nak tanya dulu kenal ke yang mana satu beras pulut ni? Kalau tak kenal kenalah pandaikan diri pergi ke pasar ya adik-adik. Usaha gigih dik nak putih ni kena kenal bahan. Untuk beras pulut ini, caranya gorengkan beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak ya dik , kan benda lain lak jadi. selepas goreng tumbuk atau pun kisarkan menjadi macam serbuk beduk mak cun tuh , tepek-tepek jadi putih dik. Selepas di kisar dan jadi serbuk bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.


6. Yogurt Asli
Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut tau dengan kesannya nanti.


7. Betik Haluskan Kulit

ye ke buah betik leh haluskan kulit?dik kalau tak cuba mana tau kan. Gini caranya ambil buah betik dan kisarkan ataupun lumutkan supaya menjadi halus , dan ambil kisaran betik tadi disapukan pada wajah dan biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering bilas dengan air bersih. Dik pasti takkan percaya dengan kesan yang akan dirasai.


Cuba amalkan tips yang admin kongsikan nihh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...