Setiap orang pastinya pada satu ketika akan melangsungkan
perkahwinan. Tetapi sejauh manakah anda bersedia untuk berbelanja besar bagi
majlis perkahwinan anda? Adakah anda ingin bergantung kepada ibu bapa
semata-mata? Atau anda sedang berkira-kira untuk mengambil pinjaman peribadi
sebagai modal majlis perkahwinan anda?
Jika anda kini baru berusia awal 20-an, anda boleh gunakan
cara-cara ini untuk menyimpan duit untuk majlis perkahwinan anda. Saya sarankan
tidak kira anda lelaki atau perempuan, anda perlu menyimpan duit untuk majlis
perkahwinan anda. Yang perempuan jangan hanya harapkan ibu bapa dan bakal suami
semata-mata. Berikan juga sumbangan anda dalam majlis perkahwinan anda.
Lebih-lebih lagi jika anda mahukan majlis perkahwinan yang istimewa.
12 Teknik Menyimpan Duit Untuk Majlis Perkahwinan
Buat Perancangan Awal
Ok. Mula-mula sekali, anda perlu bayangkan majlis
perkahwinan yang anda mahukan. Daripada bayangan tersebut, anda akan dapat tahu
anggaran kasar atau kos yang mungkin akan anda perlukan untuk mendapatkan
majlis perkahwinan tersebut. Jangan mudah terpedaya dengan majlis perkahwinan
artis yang penuh dengan tajaan dan kemewahan. Sebaik-baik majlis adalah majlis
yang mengikut kemampuan anda.
Buat Bajet
Setelah anda membuat bayangan majlis perkahwinan yang anda
impikan, kini tibalah masanya untuk anda mulakan proses pengiraan di atas
kertas. Mungkin anda rasakan agak terlalu awal untuk membuat pengiraan. Tetapi
percayalah, anda akan rasa lebih 'selamat' sekiranya anda membuat bajet lebih
awal untuk majlis perkahwinan anda.
Ok?
Katakanlah, dalam pengiraan kasar anda, majlis anda
memerlukan lebih kurang RM30000 untuk dilangsungkan dengan jayanya. Jadi kini
anda perlu target pula umur atau tahun anda akan berkahwin. Katakan anda
berumur 21 tahun, dan anda target untuk berkahwin pada umur 27 tahun, jadi anda
ada masa lebih kurang 6 tahun untuk menyimpan RM30000.
Simpan Awal
Tadi anda dah buat anggaran kasar majlis perkahwinan anda
menelan kos lebih kurang RM30000. Jadi, sekarang anda hanya perlu kira berapa
banyak yang perlu anda kumpul dalam setahun dan sebulan untuk mencapai matlamat
simpanan utuk majlis perkahwinan anda. RM30000 dalam 6 tahun bermakna RM5000
setahun. Untuk mengumpul RM5000 setahun, anda perlu menyimpan lebih kurang
RM420 sebulan. Jadi mulakanlah simpanan anda sekarang!
Oh ya.
Tidak mengapa jika pada tahun pertama simpanan anda kurang
daripada RM420. Adalah lebih penting anda mulakan simpanan awal berbanding
berapa nilai yang anda simpan.
Buat Potongan Gaji
Cara paling mudah untuk menyimpan duit untuk majlis
perkahwinan adalah dengan membuat potongan gaji terus ke bank pilihan anda.
Buat Standing Instruction dengan nilai RM420 setiap bulan ke akaun simpanan
majlis perkahwinan anda dan selebihnya anda boleh gunakan untuk perkara-perkara
lain.
Ada juga eloknya jika anda sediakan satu akaun khas untuk
simpanan majlis perkahwinan anda. Dan jangan diusik simpanan tersebut sehingga
tarikh matangnya iaitu apabila anda akan melangsungkan majlis perkahwinan anda.
Cari Pendapatan
Tambahan
Jika anda ingin mencapai matlamat simpanan anda lebih awal.
Anda boleh mencari pendapatan tambahan. Pendapatan tambahan bukan hanya boleh
diperolehi dengan bekerja secara fizikal, tetapi anda juga mempunyai pilihan
untuk mencari pendapatan tambahan secara online. Contoh cara mencari pendapatan
tambahan ada saya kongsikan dalam artikel Cara Menambah Pendapatan Tahun 2016.
Tambah Ilmu
Jika anda mahukan dunia dan akhirat, maka anda perlukan
ilmu. Begitulah juga dengan menyimpan duit untuk perkahwinan. Anda perlu tambah
pengetahuan anda berkenaan pengurusan kewangan dan kekeluargaan agar minda anda
lebih terbuka untuk mencapai matlamat anda. Dalam masa yang sama, tambah juga
ilmu agama yang lebih menjamin kehidupan di dunia dan akhirat.
Kenali Pasangan
Ada yang memilih calon berdasarkan rupa. Ada juga yang
memilih berdasarkan harta. Jika anda mempunyai pilihan, pilihlah pasangan yang
mempunyai matlamat kewangan yang sama dengan anda. Jika anda suka berniaga,
lebih baik anda cari pasangan yang suka berniaga. Jika anda mahukan
kesederhanaan dalam majlis perkahwinan anda, pilihlah pasangan yang suka
bersederhana. Pokok pangkalnya, kenali hati budi pasangan anda.
Ok. Tips seterusnya adalah lebih menjurus kepada bagaimana
cara untuk mengumpulkan RM420 contoh simpanan bulanan) setiap bulan.
Puasa Sunat
Perbanyakkan puasa sunat. Niatkan puasa sunat untuk
beribadah kepada Allah. Tetapi dalam masa yang sama ia dapat menjimatkan
perbelanjaan anda dan membantu mengawal nafsu perbelanjaan anda.
Perbanyakkan Sedekah
Sesukar mana pun anda untuk menyimpan setiap bulan, pastikan
tabung sedekah tidak dilupakan. Sedekah dapat meningkatkan rezeki anda.
Yakinlah.
Naik Motor
Bagi saya, orang bujang tidak mempunyai masalah untuk
bergerak ke tempat kerja atau ke mana sahaja dengan menggunakan motosikal.
Tambahan lagi penggunaan minyak motosikal lebih menjimatkan berbanding
kenderaan besar lain.
Masak Sendiri
Walaupun masak sendiri nampak seperti perkara yang
menjimatkan dan remeh untuk dilakukan, memasak sebenarnya dapat mengajar anda
sekurang-kurangnya 3 perkara. Pertama mengajar anda berdikari, kedua mengajar
anda kesabaran dan yang ketiga mengajar anda erti kesyukuran. Elemen-elemen ini
adalah penting untuk membina keluarga anda yang bahagia.
Bawak Bekal
Berjimat dan menyimpan dengan cara ini selalunya dipandang
sinis oleh kebanyakan orang. Tetapi sebenarnya memberikan impak yang besar
kepada kewangan anda. Anda boleh jimat RM5-RM10 setiap hari hanya dengan
membaaw bekal ke tempat kerja. Jika anda amalkan setiap hari, anda akan dapat
tambahan lebih kurang RM1500 setiap tahun.
Ok?
Itulah 12 cara yang perlu anda amalkan untuk menyimpan duit
untuk majlis perkahwinan anda. Kebanyakan cara ini saya sendiri amalkan semasa
saya menyimpan duit untuk majlis perkahwinan saya dahulu ;-)
Jika anda inginkan lebih lagi cara untuk berjimat, boleh
subscribe newsletter blog ini kerana sebagai tanda penghargaan, anda akan
dihadiahkan satu ebook 101 Cara Jimat Duit. Anda boleh dapatkan lebih tips
berjimat dengan membaca ebook tersebut ;-)
No comments:
Post a Comment