8 Cara Jimatkan Barang Dapur Persediaan Ekonomi Gawat


Ekonomi dah mula terasa gawat! Mari kita fikirkan cara bagaiamana nak kurangkan perbelanjaan kita. Dalam kegawatan ekonomi sekarang ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap suri rumah, mahupun ibu berkerjaya untuk mengawal selia perbelanjaan dapur yang mungkin selama ini dipandang remeh oleh sesetengah rumahtangga. Mari mula menjimatkan perbelanjaan dapur anda.

1* Buat senarai sebelum membeli belah

Adakah anda malu bila terpaksa membawa list senarai barang dapur yang ingin dibeli sepanjang mencari-cari barang untuk dapur anda?

Jika anda malu untuk berbuat demikian, anda boleh memasukkan senarai tersebut di dalam handphone anda. Gunakan ruangan “To-do list” pada handphone anda. Sekiranya hp anda tidak menyediakan kemudahan tersebut, gunakan saja kemudahan “messages” anda dan save sebagai “draft”. Mungkin orang lain akan terfikir anda membeli belah sambil ber’sms’!
Kalau boleh jangan pergi ke hyper market yang besar sepeti Tesco dan Giant. Ini akan menyebabkan anda beli lebih dari keperluan. Pergi saja di mini market. Pilihan yang paling penting saja yang dijual, barang-barang yang tak penting tak payah kita beli.

2* Peka terhadap ‘expiry date’

Anda harus melatih diri untuk sentiasa melihat bila tarikh luput sesuatu barang yang ingin dibeli. Ini kerana terdapat barangan dapur yang tahan berbulan-bulan lamanya. Jika anda terbeli barangan yang dah expired, sedangkan bahan tersebut masih banyak bersisa lagi, tentu membazir. Ini membuatkan anda terpaksa membeli yang baru lagi.

3* Beli borong jimat beberapa %

Jika anda rajin memasak di dapur, belilah sesuatu bahan yang selalu digunakan dengan borong. Belilah minyak masak dalam botol yang bersaiz besar, kerana ia jimat berapa peratus berbanding anda membelinya berulang kali dalam plastik. Begitu juga dengan bahan-bahan lain seperti susu cair, sos tomato & chili, teh, nescafe, jus dan sebagainya. Mungkin pembelian ini akan menjimatkan sebanyak 10%-20% pembelian anda. Di samping itu ia menjimatkan minyak kereta anda kerana tidak perlu berulang-alik ke kedai untuk membeli bahan tersebut sekiranya habis!
Kalau ada sale susu, milo untuk anak cuba suruh suami anda belikan. Selalunya lelaki kalau di suruh beli barang, dia akan beli barang itu saja, kalau perempuan selalu sangat tak ikut list. Bukankah wanita punyai 9/10 nafsu? Lelaki ada satu nafu saja kan...


4* Tak perlu pilih brand

Tak perlu la anda nak memilih brand kalaupun brand yang anda hendakkan itu sebenarnya sama saja rasanya dengan produk tempatan. Sekarang ini pun kerajaan menggalakkan Industri Sederhana dan Kecil (IKS) diproduktifkan lagi. Banyak penglibatan orang tempatan kita dalam hal ini dan banyak sekali produk tempatan yang sudahpun dikomersialkan dan setanding dengan produk-produk luar negara. Satu hal lagi, sudah tentulah harganya jauh lebih murah berbanding produk luar negara yang anda sanjung-sanjung itu.

5* Kurangkan penggunaan elektrik

Apa kata sekali sekala anda masak nasi menggunakan dapur gas saja. Begitu juga jika anda memasak air. Ini kerana penggunaan elektrik terhadap perkara ini akan memerlukan banyak penggunaan elektrik. Cukuplah jika anda hadkan penggunaan tersebut terhadap perkara-perkara lain, contohnya jika anda ingin blend cili kering ataupun bawang merah dan putih. Penggunaan filter water juga seperti RO, dan yang sewaktu dengannya sebetulnya tidaklah fleksibile untuk anda yang tinggal dikawasan yang airnya tidak banyak pencemaran. Kecuali jika anda jauh dari bandar, contohnya kawasan Felda (saya pernah mengalaminya sendiri) yang tahap kekotoran airnya adalah mencapai tahap 21% berbanding duduk dikawasan bandar cuma 1%! Apa yang penting air yang hendak diminum pastikan telah dimasak dengan sempurna. Itu saja.

Buang Bulu Dengan Pantas
6* Kurangkan membeli material yang sama

Kalaupun anda ini minat memasak sehingga pantang melihat pisau yang pelbagai jenis rupa dipasaran, tak perlulah membeli sehingga ada yang tidak digunakan. Bertahanlah sehingga satu-satu barang di dapur anda itu telah benar-benar rosak. Tahanlah diri anda dari membeli sesuatu barang berulang-ulang. Pantang nampak periuk cantik, mulalah gatal nak beli, sedangkan dalam almari dapur masih banyak lagi yang tidak digunakan. Begitu juga dengan gelas dan pinggan mangkuk. Cukuplah cuma ada beberapa koleksi. Yang penting sebenarnya benda itu anda gunakan! bukannya jadi koleksi hinggapan lipas dan tikus!

7* Sentiasa kreatif dan memikirkan alternatif lain

Jika selama ini anda rajin menggunakan tisu untuk mengelap dapur anda mahupun untuk anda mengelap tangan, apa kata anda gantikan saja ia dengan kain kotor. Mungkin ada tuala lama yang dah tak berguna, anda boleh mengeratnya menjadi beberapa bahagian. Mungkin juga boleh dijadikan sebagai pengelap kaki berhampiran sinki! Begitu juga jika anda tidak mempunyai blander, ataupun ianya sudah rosak, mungkin dengan cara menggunakan lesung batu juga berkesan! tumbuklah bawang2 tersebut dengan kuantiti yang banyak, dan simpan selebihnya di dalam peti sejuk. Bila tiba waktu memasak, anda tidak perlu mengupas bawang lagi! Ia juga menjimatkan masa dan tenaga anda.

8 * Bercucuk tanam tanaman mudah

Jika anda tinggal dikawasan rumah teres, ia bukanlah penghalang untuk anda bercucuk tanam. Dalam era bioteknologi sekarang ini, anda boleh menggunakan tanaman cara hidroponik dan juga cara fertigasi. Anda boleh menanam cili, tomato, sawi dan sebagainya. Ini dapat menjimatkan bahan mentah di dapur anda. Cuma mungkin untuk permulaan aktiviti ini anda perlu mengeluarkan sedikit wang yang lebih. Tapi tak apa jika hasilnya nanti lebih daripada itu!

Sekali sekala, anda bolehlah mengajak seisi keluarga untuk makan diluar. Tapi percayalah, sekiranya anda sudah terbiasa makan di rumah. Makan di luar kadang-kadang tak lah sehebat makan di rumah! Oleh kerana itu, jadikanlah ia amalan anda seisi keluarga. Kerbersihan makanan pun terjaga!

sumber: Pendapat diri sendiri dan http://bijakwanita.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...