Anda rasa malas? Memang kita akan berasa malas bila kita berada dalam takuk keselesaan atau dah putus asa untuk berusaha setelah beberapa kali mengalami kegagalan. Tapi, malas ini ada juga hikmahnya dari Tuhan mungkin kita rasa malas nak keluar untuk bekerja disebabkan ada petunjuk dari Tuhan akan bahaya yang bakal menimpa diri sekirannya kita keluar. Di sini saya akan share beberapa tips untuk mengatasi sifat malas dari perspektif rohaniah.
1. Ambil Wudhuk
Wudhuk atau air sembahyang didapati antara cara berkesan untuk menghilangkan rasa malas. Kajian juga menunjukkan orang yang selalu lekat air sembahyang akan lebih sihat serta gembira iaitu menggambarkan kesimbangan psikologi (psychological balance) dan juga biologi. Namun dalam keadaan dunia hari ni yang begitu bebas sosialnya serta makanan yang pelbagai resipe adalah sukar untuk kita menjaga air sembahyang ni. Tapi ianya tidak mustahil.
Dalam kajian saya dulu kami mendapati sebilangan besar pelajar fakulti pengajian islam UM yang jaga wudhuk memperolehi keputusan peperiksaan yang begitu cemerlang serta juga aktif dalam kerja2 kebajikan mencerminkan kurangnya sifat malas dalam diri mereka untuk berbuat sesuatu kebaikan. Wudhuk atau sembahyang memberikan seseorang individu itu satu kesegaran. Malah dikatakan juga malas berpunca dari mandi junub yang tidak sah. Ramai yang sering tidak mengambil kisah soal mandi junub ini malah mungkin ada yang tidak mandi langsung. Mandi wajib atau mandi junub ini menjadikan seseorang individu itu suci seterusnya membolehkan sepenuhnya kerahmatan dan hidayah Allah mendampingi kita. Sewaktu nabi di israk mikrajpun antara perempuan yang dilihat disiksa adalah prempuan yang keluar rumah dalam keadaan tidak suci.
2. Muzik dan bunyian
Cara seterusnya sedikit memberikan kontroversi terutama bagi mereka yang tidak bersetuju dengan penggunaan muzik dan bunyian untuk mengatasi rasa malas. Namun mengikut kajian, muzik mampu mengubah mood. Drama swasta atau movie kalau takde background sound rasanya tidaklah sebest yang kita tengok. Cerita jangan pandang belakang tidaklah se takut yang kita tengok kalau takde background muzik. So, pemilihan muzik yang tepat, contohnya lagu2 yang memberangsangkan kita, lagu2 yang kita suka, boleh memberikan kita satu anjakan untuk mengatasi rasa malas ini. Ada yang suka muzik2 tanpa lirik seperti richard clyderman, kitaro, enigma dsbg. Saya sendiri pada waktu2 tertentu menggunakan muzik2 ini untuk memberikan anjakan dalam mood kerja. Walau apapun di dapati kesan dari bantuan bunyi ini samada muzik, ayat quran, radio atau sebagainya mampu membantu rasa malas.
Sejauh mana ianya dapat membantu terpulang kepada kita sendiri untuk melihat kesannya. Ada yang terleka dengan muzik dan bunyian ini bukannya membantu mengatasi malas tetapi jadi lagi malas. Maka muzik atau bunyian tersebut pastinya tidak relevan... kena cari bunyian, atau muzik lain. Mungkin bukan muzik tetapi bunyi suara orang berceramah berupa kaset atau CD yang dipasang setiap kali rasa malas. Ada juga yang perlukan video tentang kemiskinan di Iraq, kekejaman di Palestine dan Ambon untuk dijadikan cara mengatasi rasa malas. Apa2pun terpulanglah kepada anda semua ya... Saya tengah siapkan podcasting untuk dimuatkan di website saya untuk mereka yang memerlukan. Anda boleh download ke ipod bila dah siap nanti... boleh tengok kerana insyaAllah dia boleh inspires kita semua...
3. Solat
Solat adalah antara perkara yang sering kita lupa dalam membincangkan permasalahan kita seharian. Dalam seharian kehidupan kita... macam2 masalah kita hadapi tetapi cara penyelesaiannya seringkali bukan solat yang jadi pilihan utama. Solat adalah merupakan penyelesai segala masalah. Dalam solat itulah kita sujud memohon pertolongan Allah. Kita merendahkan diri, kita memohon ampun dan kita redha... kita berserah dan pasrah... kita memohon petunjuk ... kita mengadu.. kita menangis ... merayu kepada yang PENCIPTA. Disitulah penyelesaian yang utama termasuk dalam mengatasi rasa malas. Masalahnya nak solatpun malas ... huhuhu... macam mana ni..? heheeheh...
Kita kenalah ajar benda ni. Asal malas je terus ambil wudhuk dan solat.. asal ada masalah je terus ambil wuhuk dan solat... lepas tu baru fikir what to do next ... insyaAllah... dengan mengadu dan memohon dari Allah maka petunjuk akan datang... rasa malas atau apa sahaja masalah dapat diselesaikan. Untuk membolehkan kita solat dan tidak malas .. ianya berkait rapat dengan banyak faktor antaranya di ceritakan seterusnya dalam langkah yang berikut.
4. Pastikan anda dikelilingi orang yang positif
Bila anda dikelilingi orang yang positif, orang yang suka solat dan sebagainya maka anda juga pasti akan jadi positif dan seperti mereka juga. Bila anda jauh dari orang2 yang begini maka jiwa anda akan jadi kosong dari roh hidayah dan kekuatan spiritual yang genuine. Sebab itulah anda jadi malas nak belajar, nak kerja dan malas nak buat apa saje benda baik. Perhatikan... benda tak baik rajin pulak nak buat .. kerana apa? Kerana anda jauh dari kebaikan. So... bentuklah satu persekitaran agar anda sentiasa dekat dengan orang2 yang positif seperti orang yg cintakan ilmu, orang yang cakap benda elok2 (lidah mereka bukannya selalu mencarut), orang yang jaga solat, orang yang baik dengan parents dsbg.
Well selamat mencuba. tips ini saya campurkan dengan pengalaman saya dan dari internet perkongsan dari http://pakarmotivasi, Semoga anda sukses dalam kehidupan, Ingat! apa yang kita lakukan sekarang akan memberikan impak kepada masa depan kita, Jadi kalau nak masa depan yang cerah, Jangan malas untuk berusaha dan bekerja.
No comments:
Post a Comment