1. MENGIDAM
Mengidam ini memang selalu terjadi pada sesiapa sahaja. Orang kata teringin kan sesuatu. Sesuatu yang kadang-kadang selama ni tak nak pun.
Tetapi jangan terlalu bergantung kepadanya sebagai satu simpton yang anda rasakan memang anda mengandung. Kadang-kadang ianya mungkin hanya anda teringin kan sesuatu kerana anda kekurangan nutrien tertentu.
2. KELETIHAN
Saya memang alami keletihan ini sedari awal mengandung. Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat atau di rumah.
Keletihan ini adalah tanda-tanda awal yang sangat penting di awal kehamilan. Walaupun ianya bukanlah simptom-simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom yang lain.
3. KERAP MEBUANG AIR KECIL
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic ganadotropin (hGC), anda akan mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
4. PENDARAHAN ATAU KEKEJANGAN
Kira-kira 8 hari selepas evolasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompo-tompok darah yang berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan.
Ini di sebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
Tetapi...3 kali mengandung saya tidak pernah mengalami simpton ini...Alhamdulillah
5. WARNA AREOLA MENJADI GELAP
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya.
Walaubagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan ataupun bekas dari kesan kehamilan terdahulu.
6. PAYUDARA MELEMBUT DAN MEMBENGKAK
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku. Tetapi pada tahap yang lebih sedikit.
Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
7. DERIA RASA BERUBAH
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sangat sensitive pada bau dan rasa.
8. MABUK @ MUNTAH-MUNTAH
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan ada "Morning Sickness" sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. Anda mungkin akan berasa loya dan rasa tidak sedap perut. Dan loya ini bukan sahaja berlaku di waktu pagi..malah petang ataupun malam.
Sesetengah wanita memang sangat bertuah kerana tidak akan mengalaminya langsung. Ohhh saya la tu yang sangat bertuah tu...hehe Alhamdulillah.
Mengandung anak pertama, saya mengalami "moring sickness" selama sebulan sahaja, mengandung yang ke-2 dan ke-3 tiada mengalami "morning sickness"...Alhamdulillah.
9. TIDAK DATANG HAID
Jika biasanya haid anda teratur dan kini lambat, elok juga anda buat ujian kehamilan.Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan kitaran haid yang teratur.
Kitaran haid biasanya 28-30 hari. Jadi jika lewat boleh lah membuat ujian kehamilan.
10. UJIAN KEHAMILAN YANG POSITIF
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan, sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji.
Kalau dah rasa macam nak hamil, buatlah langkah awal dengan mengambil acid folik untuk kesihatan bayi dan buatlah pemeriksaan segera.
No comments:
Post a Comment