Wanita Makan dan Bekerja Lebih Mudah Obesiti



MENIKMATI hidangan makan tengah hari di atas meja sambil melakukan kerja-kerja pejabat sering dilakukan oleh orang awam.

Ini kerana, kaedah tersebut dikatakan dapat menjimatkan masa seseorang.

Bagaimanpun menurut pakar pemakanan dari Eropah, Ashmina Kant, individu yang sering berbuat demikian disaran untuk menghentikan segera perbuatan tersebut kerana ia mampu mengundang risiko obesiti.

Bukan itu sahaja, kelakuan tersebut juga mampu menyebabkan seseorang mengalami kekurangan sumber vitamin dan meningkatkan jumlah kolestrol dalam badan.

“Perkara ini lebih banyak ditemui pada wanita dan orang dewasa berusia 50 tahun ke atas.

“Golongan ini rata-ratanya memiliki kandungan nutrisi yang rendah dalam badan selain kekurangan vitamin C dan E dalam darah,” jelasnya.

Bagi mengelakkan gejala ini daripada berlaku, individu disaran untuk makan tengah hari di tempat yang sesuai kerana ia bukan sahaja mampu mencegah daripada penyakit, malah menyegarkan fikiran untuk kembali segar. - kosmo

Ini semua terpulanglah pada diri sendiri, kalau dah tak ada masa sangat nak buat kerja, makan dan sambil buat kerja dapat menyembunyikan rasa sunyi kalau tak ada peneman orang nak makan. Lebih-lebih lagi kalau kerja sendiri-sendiri seperti kerja insuran agen, agen business lain-lain kebanyakan mereka kerap makan sambil bekerja dengan memandang handphone. Maklaumlah walaupun bekerja sendiri, makan bersama klien itu bukanlah ekonomik. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...