Jerebu Semakin Buruk

Kuala Lumpur: Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 325 yang dikategorikan sebagai 'berbahaya' sehingga 11 malam tadi, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut JAS, 13 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu antara 100-200 ialah Bandaraya Melaka (124), Bukit Rambai (146), Nilai (170), Port Dickson (155), Seremban (161) dan Tanjung Malim (117).Banting yang pada sekitar 7 petang mencatatkan 189 sudah mencecah 270 iaitu sangat tidak sihat pada sekitar 11 malam.

Kuala Selangor mencatatkan penurunan kepada 171 berbanding 179 pada 7 petang manakala Petaling Jaya (174), Shah Alam (164), Batu Muda di Kuala Lumpur (174), Cheras (144) dan Putrajaya (180).

Terdapat 19 kawasan mencatat petunjuk IPU sederhana baik antaranya Kemaman (56), Sibu (62) dan Tanah Merah (57) manakala 19 kawasan mencatat bacaan IPU baik iaitu Kota Tinggi (46), Langkawi (39) dan Kuala Terengganu (25).


Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat
(100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan
melayari portal http://apims.doe.gov.my. - metro

Jerebu, tak ada air,ini semua adalah bala' dari Allah agar kita semua kembali kepada ajaran Islam yang penuh dengan kasih sayang. Hati manusia terutama orang islam sekarang ni dah masih busuk macam bau bangkai. Apa tak nya asyik bertengkar sesama Islam, tak kiralah yang berkopiah dan bertudung labuh, tapi kalau mulut busuk bau bangkai...mengutuk orang aja... camne Allah nak terima amalan kita. Itu belum lagi termasuk fitnah sana-sini. Jadi kita semua perlu eratkan jaringan kasih sayang sesama insan. Lupakan ideologi politik, eratkan persahabatan dan jangan sesekali keluarkan kata-kata fitnah. Nasib baik tak jadi bala macam kaum2 yang ingkar. Kita sepatutnya bersyukur dan terus sedar...setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah tersembunyi. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...