Roti canai naik seposen

Harga makanan, minuman mungkin naik 10 hingga 20 sen, kata pemilik restoran
KUALA LUMPUR: Harga makanan dan minimum berkemungkinan akan naik dari 10 sen hingga 20 sen jika harga gula naik ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Pada waktu yang sama, Menteri KesihatanDatuk Seri Dr S. Subramaniam menyaran kerajaan mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Astro AWANI membuat tinjauan di beberapa restoran di ibu kota dan meminta pendapat mereka jika harga gula benar-benar naik oleh faktor kenaikan harga minyak dan juga cadangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi. 

"Kami memang bercadang untuk naikkan harga pada bulan depan. Sebagai contoh teh o ais akan naik dari RM1.50 ke RM1.60. Milo Ais naik 20 sen dari RM2.00. Harga teh tarik tidak naik kerana banyak permintaan," kata pemilik restoran Makanan Islam Alma Zainol Abdullah.

Beliau juga akui agak sukar untuk menaikkan harga dengan tinggi kerana restoran beliau berhampiran dengan sebuah universiti.

"Kalau naik 10 sen pun para pelajar akan memilih untuk makan di tempat yang lain," tambah beliau.

  - berita awani
--------------
Pelajar sekarang bukan main lagi hebat berbelanja kadang kala mengalahkan orang bekerja..terutama yang masuk kolej dengan duit ptptn...cubala buat berjimat...orang lain semua risau korang tak nak minum restoran yang naik seposen.....
Aku rasa yang paling risau naik seposen bukan student tapi golongan yang jenis bekerja..dan berjimat cermat..tapi golongan ini selalunya tak makan di kedai..termasuk la saya sendiri....hehhehehe....



Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas

Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari 
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

Kuruskan Badan Dengan Pantas


2 comments:

  1. Teringat satu masa dahulu roti canai hanya 30sen sekeping. Sekarang, selepas hampir 20 tahun dah meningkat ke RM1.00 sekeping. Itulah bahana inflasi. Apapun, bersederhanalah. Tahukah anda dengan memakan sekeping roti canai, untuk membakar kalorinya kembali anda perlu joging 3 pusingan padang? Jadi beringat lah. Kandungan lemak dalam roti canai juga tepu dan mudah ditukar kepada glikogen lalu disimpan dibawah lapisan kulit perut, apa yang kita pabggil spare tyre? Sesekali tak ada salahnya tapi jika hari-hari takut pula saluran darah tepu dengan lemak.

    ReplyDelete
  2. Teringat satu masa dahulu roti canai hanya 30sen sekeping. Sekarang, selepas hampir 20 tahun dah meningkat ke RM1.00 sekeping. Itulah bahana inflasi. Apapun, bersederhanalah. Tahukah anda dengan memakan sekeping roti canai, untuk membakar kalorinya kembali anda perlu joging 3 pusingan padang? Jadi beringat lah. Kandungan lemak dalam roti canai juga tepu dan mudah ditukar kepada glikogen lalu disimpan dibawah lapisan kulit perut, apa yang kita pabggil spare tyre? Sesekali tak ada salahnya tapi jika hari-hari takut pula saluran darah tepu dengan lemak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...