6 Teknik Mengatasi Bena Putih, Serangga Perosak Daun Tanaman

Berikut merupakan kaedah menghapuskan bena / kutu daun berdasarkan carian di internet:  





1) Teknik kerengga dan Hampas kelapa

Dari pengalaman saya masa kat kampung dulu, emak saya selalu meletakkan kerengga untuk menghilangkan bena putih yang menyerang tanaman kacang panjang atau timun, manakala untuk tanaman cili atau terung dia tabur hampas kelapa dipangkal pokok tersebut. Selamat mencuba dan elatkan penggunaan bahan kimia.


2) Racun Serangga Malathion, Endosulfan atau Diazinon

Kutu daun adalah serangga berbadan lembut berwarna hijau kekuningan dan bersaiz kecil.  Ada yang bersayap dan ada yang tidak.  Serangga ini mempunyai mulut yang dikhaskan untuk menghisap cairan dari daun kobis.  Biasanya kutu berkumpul di bahagian bawah daun.  Kutu membiak dengan kadar yang cepat.  Kutu menghisap cairan dari sel-sel daun.  Akibatnya daun menjadi kuning dan kerekot, pokok menjadi terbantut dan mati.  Anak-anak benih biasanya diserang teruk dan terus mati.  Sembur dengan teliti racun serangga seperti Malathion, Endosulfan atau Diazinon pada kadar 0.1% bahan aktif.


3) Racun Serangga Pegasus

Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.Bena putih ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti PEGASUS.


4) Pencuci Pinggan, Minyak Masak

Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci pakaian atau pencuci pinggan dan minyak masak. Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini ke dalam botol penyembur dan titiskan beberapa titis minyak. Semburkan air ini pada tumbuhan yang dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan. Anda akan dapati bena akan berkuranga dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa kali.


5) Bawang Putih, Bawang Merah, Minyak Canola

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti di atas. Beberapa jenis minyak seperti minyak neeem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini 


6) Letakkan mentadak / ladybird

Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk menghapuskan serangga ini. Jika terdapat mentadak dalam taman anda biarkan ia di situ kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang lazat bagi mentadak. Ladybird (Hippodamia convergens), sejenis kumbang berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena. Selain dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan menolong anda menghapuskan si bena putih. 

---------------------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi takaful, wasiat dan perancangan persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. 
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...