Tahukah anda bahawa bayi yang baru lahir sangat sensitif kerana mereka masih belum menyesuaikan diri dengan dunia baru. Sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita pasti akan melawat keluarga mahupun rakan terdekat yang baru menyambut kedatangan bayi baru. Tetapi pastikan anda tahu setiap pantang larang ketika ingin melawat bayi yang baru lahir!
Basuh tangan
Jika anda ingin memegang bayi, pastikan tangan anda dibasuh terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang jangkitan pada bayi kelak.
Jangan kejutkan bayi
Jika bayi sedang tidur, jangan sesekali kejutkan mereka semata-mata untuk bergambar atau mendukungnya kerana anda tidak tahu sama ada bayi tersebut meragam atau sebaliknya. Ia akan menyusahkan ibu bapa untuk memujuknya semula.
Jangan ambil gambar tanpa kebenaran
Minta kebenaran sebelum anda mengambil gambar bayi tersebut kerana ada ibu bapa yang tidak mahu berkongsi gambar bayi mereka dengan orang ramai atas sebab-sebab tertentu. Anda harus hormati pendirian mereka.
Jangan sesekali merokok sebelum melawat bayi
Walaupun bayi tidak menghidu asap rokok, dia boleh menghidu bau-bauan yang masih melekat pada tubuh anda di mana ia lebih bahaya daripada asap rokok itu sendiri.
Jangan bawa orang yang sedang sakit
Tangguhkan lawatan anda jika ada di antara anda sedang sakit kerana bayi amat sensitif dan mudah terkena jangkitan. Jangan sesekali mencium atau mendekati bayi.
Selamat mencuba. Paling penting jangan lupa pakai corset. Kalau perut nampak dah tak cantik, orang mengata plak... so please la pakai hokey....
Click sini islalisacorset.com
No comments:
Post a Comment