5 Cara Pikat Hati Bakal Ibu Mertua

Apabila seseorang memilih untuk mendirikan rumah tangga, itu bermaksud anda bersedia untuk menghadapi cabaran keluarga baru. Ini kerana anda harus menerima seluruh keluarga pasangan anda. Bukan hanya menerima anaknya sahaja. Anda haruslah bijak memikat hati bakal ibu mertua anda. Tetapi ia bukanlah satu perkara yang mudah. Jom, ikuti cara di bawah!


Kongsi Minat Yang Sama
Jika anda tiada modal untuk berbual bersama bakal ibu mertua, anda boleh berkongsi minat dengannya dengan menunjukkan minat pada perkara yang bakal ibu mertua anda minat walaupun anda berasa sebaliknya.

Berkelakuan Sopan
Anda harus menunjukkan rasa hormat kepadanya sepertimana anda menghormati ibu bapa anda. Rajin-rajinlah menghubungi bakal mertua anda untuk bertanyakan khabar ataupun bertanyakan pendapat atau pandangan peribadi daripadanya.

Kenali Rentak Bakal Ibu Mertua
Bertanyakan pada pasangan anda tentang ibunya bagi memudahkan anda mengenali rentak bakal ibu mertua anda. Cuba luangkan masa bersama ibu mertua jika anda mempunyai masa terluang.

Berpakaian Sopan
Jaga pemakaian anda ketika menziarahi bakal ibu mertua. Jangan berpakaian yang menjolok mata. Pastikan pakaian anda kemas dan sesuai dengan situasi dan sedap mata memandang.

Ringankan Tulang
Jika anda pergi ke rumah nakal ibu mertua anda, rajinkan diri untuk membantunya di dapur atau melakukan serba sedikit kerja rumah.

Dengan mempraktikkan 5 cara ini, kami berharap anda berjaya memikat hati bakal ibu mertua anda. Semoga berjaya!

Ingin tampil cantik dan menawan? Jangan lupa dapatkan Islalisa Corset Malaysia sekarang!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...