Thursday, December 29, 2016

Lawak Anak dan Orang Tua

Lawak Anak dan Orang Tua :)



Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. Mereka kelihatan tenang berehat sambil baca surat khabar lama.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….betul juga kata kau tu! Kesian kat anak tu, tah sapa yang jaga kan?
Pak Abu: Minta-minta adalah orang yang baik dapat jaga aku.
Pak Majid: Eh! ko pulak? ko kan dah besar!
Pak Abu: Ko sedar tak kita ni kat mana??? Pusat Jagaan Rumah Orang Tua-Tua Jabatan Kebajikan Masyarakat!
Pak Majid: Oh Ye luperr :)
Pak Abu: ^%$^%&^&(*)^&%^&(*)*^&%

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas