Emmie Cancer Survivor




Ikuti video Kisah Emmie Cancer Survivor
Kita tak tahu bila sampai masa kita memerlukan orang untuk bantu kita nanti.
Sentiasa besangka baik, buatlah kebaikan dan sediakan perlindungan




Sedih orang melayu antara paling kurang perhatian tentang rawatan cancer. Semoga kisah dari wanita berbangsa cina ini dapat berikan kita harapan. Dia salah seorang cancer survivor dengan rawatan perubatan.

 Apakah puncanya utamanya ?

sebenarnya orang melayu cetek pengetahuan tentang Takaful/insurans. saya sendiri tidak menafikan apa yang dikatakan, kerana memang betul, bila ada agen Takaful/ insurans yang nak terangkan tentang Takaful/insurans kita sibuk melarikan diri. Sudah tentu menjadikan kita ‘buta insurans/takaful’ kerana kurangnya ilmu tentang insurans/takaful. Majoriti menganggap sumbangan bulanan untuk takaful akan hangus begitu sahaja, syarikat Takaful/insurans tipu dan lain-lain. Tanggapan sebegini tidak akan berlaku jika seseorang itu faham fungsi takaful/Insuran dan mendengar serta memahami produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful/ insuran. Kajian oleh Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM) dan UKM pada tahun lepas mendapati seramai 14 juta iaitu 44% rakyat Malaysia tiada sijil atau polisi Takaful/Insurans hayat dan perubatan. Dalam kajian ini mendapati majoritinya adalah kaum Bumiputra.

Bangsa bumiputera meletakkan insurans/takaful sebagai sesuatu yang tidak penting dan ada yang menganggap insurans dan takaful itu sesuatu yang merugikan. Kaum bukan bumiputera pula dikatakan mempunya kesedaran yang tinggi mengenai insurans dan takaful. Adakah kita sanggup menyusahkan sanak saudara kita apabila kita menghidap penyakit? Ramai yang mengatakan tidak ingin menyusahkan sanak saudara tetapi berapa ramai daripada kita yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban kewangan kita ketika kita jatuh sakit. Saya yakin daripada 10 orang, tidak sampai separuh yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban kewangan kita ketika kita sakit. Selain itu pernahkah kita terfikir yang duit simpanan kita mungkin terpaksa dikeluarkan apabila kita menghidap penyakit yang memerlukan pembedahan. Ya memang benar Hospital Kerajaan mengenakan caj yang minimum untuk merawat penyakit. Tetapi ini bermakna Hospital Kerajaan juga sangat sesak.


Terdapat keadaan di mana pesakit-pesakit terpaksa menunggu untuk ditempatkan di wad kerana wad masih penuh. Ramai daripada kita ingin meninggalkan harta dan wang yang cukup untuk keluarga kita apabila kita meninggal dunia. Tetapi apakah usaha kita untuk memastikan matlamat kita itu berjaya? Dengan mengambil insurans atau takaful kita sekurang-kurangnya dapat memastikan bahawa waris atau keluarga kita mendapat wang pampasan dengan kadar yang cepat sementara menunggu urusan pengagihan harta mengikut undang-undang yang biasanya mengambil masa. Takaful/Insuran juga adalah simpanan. Ada plan simpanan yang mana nilai tunai semasa boleh dikeluarkan atau digunakan untuk simpanan persaraan atau pendidikan anak bukan hanya untuk pembiayaan ketika sakit sahaja.


Inilah platfom untuk kita melakukan simpanan secara paksaan "force saving" yang mana kita juga akan menikmati faedahnya di masa akan datang.
Hanya 8-10% dari pendapatan bulanan sepatutnya diperuntukkan untuk caruman Takaful/insuran setiap bulan sebagai permulaan. Jika kita membuat personal cash flow/pengurusan perbelanjaan setiap bulan maka kita dapat meletakan takaful/ insurans dalam budget bulanan kita.


Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...