6 Cara Hilangkan Sakit Gigi Buat Sementara



Awak..kalau sayangkan gigi, senang saja wak...prevention is better than cure tau

Firstly kenalah lah selalu gosok gigi dan juga gunakan berus kecil tuk hilangkan secara plak gigi yang tersekat di celah gigi. Bukan setakat berus saja wak...berus kecik pun kena ada wak...
Pastu pastikan awak kumur dengan pembasmi kuman wak...
Cubalah buat hari-hari...insyuallah tak payah la nak ambil pot nak tahu cara hilangkan sakit gigi...
tapi dah malas nak buat camne...

Inilah petuanya...



Teh

Korang mesti pernah minum teh uncang atau teh celup itu bukan? Alaaa, Teh yang cuma masukan saja dalam air panas tu. Teh uncang ini juga boleh membantu meredakan sakit gigi dengan meletakan uncang teh yang telah direndam dalam air panas di bahagian yang sakit gigi.

Air Garam
Air garam merupakan salah satu petua lama cara meredakan sakit gigi. Caranya ialah masukan sedikit garam kedalam secawan gelas berisi air panas dan kacau sehingga sebati. Tunggu sekejap sehingga air kurang panas atau suam sebelum anda gunakan air garam tersebut untuk berkumur bagi menghilangkan sakit gigi anda.

Bawang Putih
Ambil dan hiris sedikit bawang putih dan letakan di tempat pada gigi anda yang sakit untuk beberapa jam (kira-kira 2 jam) dan sakit gigi anda akan berkurang sedikit.

Gambir
Gambir biasanya popular dengan produk kesihatan tenaga batin, tetapi gambir juga sebenarnya selalu digunakan dalam petua untuk melegakan sakit gigi. Caranya ialah tumbuk gambir hingga hancur dan gambir dalam air panas/suam. letakan pada bahagian gigi yang sakit dan anda akan mulai rasa sakit gigi anda menghilang.


Bunga Cengkih
Guna bunga cengkih dan letakan pada bahagian gigi yang sakit. Anda boleh gigit atau letakan pada bahagian gigi yang sakit dan biarkan beberapa lama. SSelepas itu, sakit gigi anda akan berkurang dengan sendirinya.


Lidah Buaya
Lidah buaya ini memang banyak sangat kegunaan kepada kehidupan seharian kita dan juga seperti di produk perubatan dan kecantikan. Lidah buaya juga terbukti boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi dengan menyapu gel ke bahagian yang sakit gigi. Walaupabaimanapun, cara ini sedikit susah bagi segelintir orang kerana ada yang tidak tahan dengan gel lidah buaya yang diletakan di dalam mulut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...