Kelebihan Ginseng



Ginseng merupakan herba perubatan sejak 5000 tahun yang lalu lagi. Ginseng sememangnya popular bagi kaum cina dan kini terdapat ginseng yang harganya mencecah ribuan ringgit. Ginseng merupakan istilah yang diberikan oleh masyarakat cina kepada tumbuhan ini yang membawa makna 'tumbuhan manusia'.

Kemudiannya ginseng diberi nama Latin atau sainstifik yang berbunyi Panax oleh ahli botani. Panax dalam bahasa Latin bermakna penyembuh sempurna bagi semua penyakit (cure all).

Ginseng ialah tumbuhan yang mampu untuk hidup ratusan tahun. Badan herba ini adalah pendek dan keseluruhan badannya terbenam ke dalam tanah. Sekiranya dilihat kepada bentuk akarnya,ia seakan-akan bentuk badan manusia. Bahagian yang paling berharga bagi ginseng ini ialah bahagian akarnya yang mempunyai 16 jenis ‘ginesenosides’, karbohidrat, selulosa, mineral dan lain-lain lagi. Ginesenosides merupakan sebatian yang terdiri daripada molekul gula dan molekul terpenoid.


Ginseng terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1) American ginseng 
2) Asiatic ginseng


Kegunaan ginseng: 

menurunkan kadar gula dalam darah
meningkatkan sistem imunisasi
meningkatkan tenaga dan kepekaan
merendahkan kadar kolestrol
mencegah kanser
mengurangkan tekanan hidup
melambatkan proses penuaan

Walau bagaimanapun,terdapat percanggahan pendapat di antara pengkaji barat mengenai kegunaan dan kebaikan ginseng ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...