Thursday, August 27, 2015

Perubahan Tanda-Tanda Anda Semakin Tua




Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yg digemari sewaktu muda semakin tidak menyeronokkan? Ustaz kata lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri. Contoh2 yang diberikan.

SATU •
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah tiada. Hikmahnya : Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.

DUA • 
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap kembali.
Hikmahnya : Bangunlah utk berqiamulail, mengerjakan solat2 sunat seperti tahajud, solat taubat & lain2. Barangkali sewaktu muda tidak pernah melakukannya, maka Allah bagi peluang untuk melakukannya sebelum berakhir usia.

TIGA • 
Bila tua, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak lagi ada rancangan tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca AlQuran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusaha lah untuk khatam. Paling tidak pun sekali setahun.

EMPAT • 
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita boleh mengurus masa dengan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal2 manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 program yg berfaedah.

Allah masih sayang kepada kita... diberi peluang untuk baiki keaddan sebelum menyesal.
Wallahualam. Sekadar berkongsi. - sumber dari facebook


Memang inilah yang biasa terjadi bila kita meningkat tua, Allah akan tarik nikmat itu satu persatu agar kita kembali mengingati pada Pencipta. Masa muda memang sibuk menguruskan hal dunia, sampai tak ada masa nak bercakap dengan Allah dengan doa dan membaca Al Quran, jadi bila kita ada rasa tanda-tanda sebegini, semoga kita lebih banyak berkomunikasi dengan Allah dengan cara berdoa dan membaca Al Quran. 


Cara Rawat Sakit Kepala Migrain



Ini salah satu cara merawat sakit kepala dan migrain dengan cara berdoa. 
Memamnglah doa tampa usaha tak akan membawa kejayaan. Kenalah gerakkan diri untuk berusaha mengatasi punca migrain. Antara puncanya di sebabkan kurangnya oksigen di bahagian otak. 

Bagi meningkatkan kadar oksigen di bahagian otak, Makan makanan sayuran berserat hijau dengan kadar yang lebih banyak setiap hari. Sayuran yang hijau boleh menyimpan oksigen dalam badan. 
Selamat Mencuba
Kalau anda nak tingkatkan keyakinan diri berdepan dengan suami boleh klik 

Saturday, August 15, 2015

6 Tips Mendidik Anak




1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

Tuesday, August 11, 2015

Lelaki dikecam di Social Media kerana isteri cantik sangat


KUALA LUMPUR: Hanya kerana memiliki seorang isteri yang jelita, seorang lelaki dari wilayah Hebei, China menjadi mangsa kecaman pengguna internet.

Mei Aisi, seorang ahli perniagaan, kini menetap di Ukraine dan bertemu jodoh dengan wanita berusia 19 tahun dari negara berkenaan.

Mereka bertemu ketika Aisi baru sahaja memulakan kehidupan di Ukraine sebagai jurugambar, beberapa tahun lepas.

Tidak dapat dipastikan nilai kekayaan Aisi namun dia kini sedang membina sebuah sebuah vila sendiri seluas 3,000 meter persegi. Walaupun datang dari keluarga yang sederhana, Aisi telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya dalam karier.

Pun begitu, tindakan Aisi memuat naik gambar isterinya di laman web Weibo mengundang rasa tidak puas hati pengguna Internet di China. Ada yang tanpa rasa bersalah menuduh isterinya sebagai mata duitan kerana Aisi bukan lelaki yang kacak.

Pasangan itu mempunyai seorang anak.Memetik laporan CCTV News, Aisi berkata wanita Ukraine tidak begitu memandang rupa dan harta. Malah untuk memikat hati bakal mertua juga tidak sukar. - astro

Kalau dapat bini mantap macam ni, siapalah yang tak jeles, mana-mana lelaki pun boleh jeles telan air liur. Sebab tu boleh havoc di social media china.




Kalau nak dapatkan payudara yang mantap dan anjal boleh KLIK SINI

Saturday, August 8, 2015

10 Petua Yang Anda Wajib Tahu




Petua-petua untuk diamalkan.
1✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
2✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
3✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
4✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
5✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
6✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
7✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
8✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
9✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.
10✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

Jika ada punyai masalah jerawat boleh KLIK SINI

Sunday, August 2, 2015

Makanan Yang Perlu Di Awasi Masa Raya




Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, kebanyakan masyarakat menganggap hari raya waktu terbaik untuk ‘membalas dendam’ yang membolehkan mereka makan tanpa kawalan.
Maklum saja, ketika hari raya pelbagai juadah lazat seperti rendang, kuah kacang, nasi impit, lemang serta kuih-muih menghiasi meja makan kediaman masing-masing.

Disebabkan ungkapan ‘balas dendam’ itu, ramai yang mengambil ringan mengenai kuantiti yang sepatutnya diambil ketika menjamah hidangan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik.


Pesakit yang menghidap penyakit kronik, beberapa perkara perlu diawasi.

“Seperti yang kita maklum pelbagai hidangan enak disediakan ketika rumah terbuka, jika pengambilannya tidak dikawal dengan baik dan teratur, ia boleh mengundang pelbagai penyakit.

“Pengambilan makanan berkarbohidrat dalam jumlah yang banyak dan masa makan yang tidak menentu boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak teratur seterusnya mengakibatkan pesakit boleh mendapat pelbagai komplikasi.

“Juadah seperti kuah rendang, sambal ikan bilis, kuah laksa dan lontong mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi. Oleh yang demikian, pesakit yang mempunyai masalah darah tinggi atau hipertensi perlulah mengawal pengambilan garam yang berlebihan,”

Jadi berpada-pada lah bila mengambil hidangan. Banyakkan ambil buahan dan banyakkan minum air limau nipis supaya lemak kolestrol itu dapat dikurangkan.

Jika anda ada masalah jerawat dan masalah kedutan di wajah akibat penuaan? 

Mengapa Ada Orang Tak Dibenarkan Tidur Dengan Anak


Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi katil atau tilam adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak.
Memang benar tidur bersama bayi atau istilahnya ‘co-sleeping’ membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan si kecil kerana langkah itu memberi ibu bapa masa tambahan bersama bayi. Tidur dengan bayi juga membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam.

Malah, bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dan tempoh lebih lama berbanding bayi yang tidur bersendirian.


“Ibu bapa di bawah pe­ngaruh alkohol atau ubatan dan terlalu letih juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana mereka mungkin tidur lena sehingga tidak sedar si kecil bersama dan tidak dapat bertindak balas jika bayi bangkit dan menangis. Merokok sebelum tidur juga mendedahkan bayi kepada bahan toksik asap kedua.

“Bagi segelintir ibu mudah untuk menyusukan bayi jika tidur bersama, namun apa akan jadi jika si ibu tertidur? Bayi mungkin lemas akibat kesukaran bernafas kerana wajahnya tertangkup pada payudara ibu. Begitu juga dengan ibu bapa yang menghadapi gangguan tidur dan mungkin menindih bayi mereka ketika tidur bersama,” - hmetro

Jadi itulah antara sebab nya....

Jika anda nak nampak cantik dan menawan berdepan dengan suami walaupun anak ramai dan menyusu badan? Ada ramai isteri yang sudah tak lagi dipedulikan lelaki. Apa kata kita buat inisiatif sendiri demi masa depan anak-anak kita. KLIK SINI

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas