Makanan Yang Perlu Di Awasi Masa Raya




Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, kebanyakan masyarakat menganggap hari raya waktu terbaik untuk ‘membalas dendam’ yang membolehkan mereka makan tanpa kawalan.
Maklum saja, ketika hari raya pelbagai juadah lazat seperti rendang, kuah kacang, nasi impit, lemang serta kuih-muih menghiasi meja makan kediaman masing-masing.

Disebabkan ungkapan ‘balas dendam’ itu, ramai yang mengambil ringan mengenai kuantiti yang sepatutnya diambil ketika menjamah hidangan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik.


Pesakit yang menghidap penyakit kronik, beberapa perkara perlu diawasi.

“Seperti yang kita maklum pelbagai hidangan enak disediakan ketika rumah terbuka, jika pengambilannya tidak dikawal dengan baik dan teratur, ia boleh mengundang pelbagai penyakit.

“Pengambilan makanan berkarbohidrat dalam jumlah yang banyak dan masa makan yang tidak menentu boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak teratur seterusnya mengakibatkan pesakit boleh mendapat pelbagai komplikasi.

“Juadah seperti kuah rendang, sambal ikan bilis, kuah laksa dan lontong mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi. Oleh yang demikian, pesakit yang mempunyai masalah darah tinggi atau hipertensi perlulah mengawal pengambilan garam yang berlebihan,”

Jadi berpada-pada lah bila mengambil hidangan. Banyakkan ambil buahan dan banyakkan minum air limau nipis supaya lemak kolestrol itu dapat dikurangkan.

Jika anda ada masalah jerawat dan masalah kedutan di wajah akibat penuaan? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...