Thursday, August 27, 2015

Perubahan Tanda-Tanda Anda Semakin Tua




Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yg digemari sewaktu muda semakin tidak menyeronokkan? Ustaz kata lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri. Contoh2 yang diberikan.

SATU •
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah tiada. Hikmahnya : Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.

DUA • 
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap kembali.
Hikmahnya : Bangunlah utk berqiamulail, mengerjakan solat2 sunat seperti tahajud, solat taubat & lain2. Barangkali sewaktu muda tidak pernah melakukannya, maka Allah bagi peluang untuk melakukannya sebelum berakhir usia.

TIGA • 
Bila tua, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak lagi ada rancangan tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca AlQuran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusaha lah untuk khatam. Paling tidak pun sekali setahun.

EMPAT • 
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita boleh mengurus masa dengan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal2 manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 program yg berfaedah.

Allah masih sayang kepada kita... diberi peluang untuk baiki keaddan sebelum menyesal.
Wallahualam. Sekadar berkongsi. - sumber dari facebook


Memang inilah yang biasa terjadi bila kita meningkat tua, Allah akan tarik nikmat itu satu persatu agar kita kembali mengingati pada Pencipta. Masa muda memang sibuk menguruskan hal dunia, sampai tak ada masa nak bercakap dengan Allah dengan doa dan membaca Al Quran, jadi bila kita ada rasa tanda-tanda sebegini, semoga kita lebih banyak berkomunikasi dengan Allah dengan cara berdoa dan membaca Al Quran. 


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas