Tuesday, June 30, 2015

Suspek Pendera Kanak-Kanak 5 Tahun Di Tahan Polis



Kota Bharu: Dua suspek kes dera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditahan polis di sini, malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek iaitu ibu tiri mangsa berusia 25 tahun dan bapa kandungnya berusia 39 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.
Katanya, kedua-dua suspek diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatn lanjut.
"Suspek akan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Pasir Mas. - hmetro

Dapat pun tangkap 2 orang lelaki dan perempuan yang mendera budak syurga yang tidak ada setitik dosa di sisi Allah. Mengapa lah sanggup buat sebegini? Aku rasa hairan juga pada bapa kandung sendiri yang sanggup dera darah dagingnya sendiri. Adakah kerana dia dapat miliki wanita cantik dia dah tak ada perasaan pada anak sendiri langsung? Mungkin....
Ibu kandung pula mengapa sampai setahun baru nak tanya khabar situasi anak. Walaupun mungkin bukan hak jagaan di bawah kamu sebagai ibu, jangan sesekali lepaskan anak begitu saja, terutama pada bekas suami dan ibu tirinya, tak akan sama seperti mana dia menjaga anak mereka sendiri. 
Pada ibu tiri, semoga insaf. Tuhan masih lagi berikan masa untuk bertaubat. Tapi ketahuilah setiap perbuatan itu pasti akan ada pembalasan di dunia. Apa yang dia akan merasai pasti lebih pedih, sedih dari apa yang anak ini rasa, hukum karma akan berbalik pada anda.


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas