Life Singapore Berbanding dengan KL
Biasa orang luar kenal Singapore dari KL atau Malaysia. Ada juga yang mengatakan Johor Bharu tu sebahagian dari Singapore dipanggil northen Singapore. Ini bukan rekaan tapi kisah benar, orang luar yang cakap. Bila sebut nama KL atau Malaysia mereka semua tak tahu, walaupun kat KL ni dah banyak simbolik seperti KLCC tower, sepang court dan sebagainya, namun tak cukup untuk dibanggakan dan diklasifikasikan sebagai negara maju.
Dah lama tak pergi Singapore, nak tahu juga kehidupan dan gaya hidup di sana. Bila tonton video ni, watak-watak dalam filem pendek ni semuanya adalah kehidupan yang sedang berlaku. Tak banyak yang beza antara orang-orang di Singapore dan KL, lebih kurang sama. Cara makan, lepak tengah malam di gerai open, menu yang ada lebih kurang sama, Tapi apa yang buat orang tertarik pada Singapore mungkin cara mereka berfikir lebih terbuka berbanding dengan orang KL. Cara hidup mereka juga lebih bersih dan berdisiplin dan tak buang sampah merata-rata. Jadi pada orang KL kalau nak cepat maju berfikir lah dengan fikiran terbuka, bersaing dengan cara yang sihat dan jaga kebersihan. Itu dapat menarik lebih banyak pelancong dan pelaburan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?
Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...
No comments:
Post a Comment