Hari ni feredea nak cakap pasal suppliment dalam bentuk sachet. Baru-baru ni feredea pergi kedai jamu nak beli suppliment yang berbentuk serbuk tu... setelah tengok jiran sebelah ada beli.
Sekarang banyak jual bermacam jenis suppliment untuk kecantikan kulit. Harga plak tak ada yang bawah seratus, semuanya atas seratus lebih...
Tapi memang ramai orang beli, sebab ada banyak iklan di suratkhabar, majalah, tv dan juga laman blog dan media sosial.
Tapi memandangkan rata-rata purata pendapatan negara kita ni dalam lingkungan RM3000 sebulan, denga kos sara hidup yang tinggi di bandar besar, nak beli barang tu memanglah boleh. Tapi hanya sekali saja...tak kan nak spend 10% dari gaji semata untuk suppliment kan? Ada yang lebih penting seperti bayar sewa rumah, sewa kereta, anak-anak nak sekolah dan sebagainya...
Jadi ikutkan..rata-rata orang akan beli sekali saja...
Jadi saya nak share la ...cara yang mudah untuk mendapatkan kulit yang bersinar dan bebas jerawat. Apa yang anda perlu ada adalah blender...
Mesti ada kan ...kat rumah?
Tak kan tak ada????
Kalau tak ada boleh beli dalam RM70 saja di tesco jenama cikai punya la...
Kebanyakan sachet suppliment meletakkan buah-buahan dan sayuran hijau dalam bentuk sachet yang telah diproses. Anda perlu tahu kalau barang yang lebih asli dan segar itu lagi mudah menyerap berbanding dengan sachet yang sudah di proses dan ditambah dengan kemikal pengawet.
Betul? Logik la kan...hehehhe....
Sekarang ni, anda perlu ada timun, buah epal hijau, madu asli, kurma, pisang, lettuce hijau dan buah oren, rumpai laut (sumber kollagen)
Kalau boleh jangan letak gula putih, gunakan gula perang atau madu lebah sebagai penambah rasa sedap.
Kisar semuanya dan simpan dalam peti sejuk. Anda boleh minum dalam seminggu.
Ha! cuba anda kira sendiri berapa banyak yang anda boleh jimat?
Berapa harga semua barang-barang mentah tu? tak sampai pun RM50 kan...cuma rumpai laut tu yang agak mahal. Barang lain semuanya murah.
Jadi, jika anda gunakan tips ini anda dapat jimat dalam seratus ringgit lebih dalam masa seminggu.
Cuba amalkan selama 1 bulan.
Lepastu tengok sendiri kulit anda bertambah sinar dan segar.
Apa yang penting jangan sesekali guna air panas atau rebus dulu...
Semuanya perlu di minum secara mentah.
Satu lagi caranya adalah menggunkan masker/serum atau gel untuk mempercepatkan penyerapan ke dalam kulit.
Saya cadangkan gunakan mesin power photon ultrasonic untuk dapatkan penyerapan yang pantas sehingga ke dalam liang kulit.
klik sini
No comments:
Post a Comment