5 Makanan Menjadi Punca Jerawat Pasir Di Wajah



Hari ni saya nak share tentang makanan yang menjadi punca masalah jerawat di wajah. Memanglah antara punca masalah badan kita disebabkan diri sendiri. Kalau tak boleh ubah cara hidup dan gaya pemakanan sudah tentu kita tak boleh nak hilangkan jerawat di wajah.
Pakai lah macam-macam krim, semuanya hanya sementara, kalau kita tak berubah untuk mengamalkan gaya pemakanan yang boleh meningkatkan kadar jerawat di wajah. 

Sebenarnya saya sendiri mengalami jerawat pasir di dahi, dah lama... dah cuba macam-macam produk, pergi buat facial diorang picit-picit sampai mata berair...haha...

Saya rasa ada ramai yang mengalaminya kan....

So jom kita cuba elakkan pemakanan ni....



Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat ialah:

1. Makanan berlemak dan bergoreng - meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari kabohidrat dan lemak. 

2. Makanan dari produk tenusu - kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu  boleh menyebabkan alahan

3. Makanan dari karbohidrat yang diproses - kandungan gula yang diproses tinggi.

4. Minuman berkafein dan berkarbonat - menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.


5. Makanan yang diproses atau ditinkan - mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan 

Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika anda kurangkan pengambilan makanan-makanan yang telah saya senaraikan di atas. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.

Selamat Mencuba
Semoga mendapat manfaat


Selain dari pemakanan ada juga bahan yang dapat selesaikan masalah jerawat
Nak tahu klik SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...