4 Tips untuk mengurangkan kedutan di mata dan wajah



Kedutan di wajah memanglah tak dapat nak elakkan, sebab lambat laun kita akan melalui juga proses penuaan itu. Semua orang akan tua. Tapi kita boleh melambatkan penuaan dengan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan makan makanan yang boleh menlambatkan penuaan. 

Apakah tips itu? 

Ok senang saja. 

Ada 3 sebab utama terdapat kedutan di mata terutamanya

1) Stress
Ini memanglah sejak azali lagi kalau orang yang stress, akan mengalami banyak komplikasi kulit. Tapi itu bukannya bermakna kita mengelak dari melakukan aktiviti yang mencabar, tapi cuba kurangkan stress dengan cara berfikir positif. 

2) Pengambilan alkohol dan rokok
Dah terang dan jelas, pengambilan dua bahan ini sudah terlarang dalam Islam. Memang ada faedah seperti badan terasa panas. Tapi negara kita kan panas beb! buat apa nak panaskan lagi keadaan....
Kalau nak panas sangat boleh saja pergi spa buat mandian wap. Ha! itu confirm memang badan akan panas. 


3) Selalu gosok mata
Kalau mata asyik di gosok setiap masa, memanglah akan mengalami komplikasi. Sebab tangan kita ni kan kotor. Mata pulak adalah bahagian yang paling sensitif. Jadi cuba gunakan tisu yang bersih ok...


Sekarang kita nak buat suppliment sendiri untuk mengurangkan kedutan di bahagian mata. 

1) Timun, brocolli
Warna sayuran hijau pekat ni adalah amat bagus untuk merawat segala bentuk kedutan dari radikal bebas. 

2) Pear, betik dan tomato
warna kekuning ke merahan ini dapat berikan sumber vitamin A yang tinggi untuk merawat mata berikan mata menampakkan imej dengan lebih terang dan jelas. 

3)  Anggur dan buah berry warna ungu
Buah ini amat kaya dengan flavanoid dan vit C yang boleh merawat mata yang teroksida dan mengurangkan kedutan di mata dan wajah

4) Madu
Khasiat ajaib yang boleh merawat segala bentuk penyakit.

Kisar semua bahan-bahan ini guna air sejuk yang disimpan dalam peti sejuk. Kalau nak guna ais pun boleh juga. 

Sekarang anda boleh dapat smoothies rawatan mata anda. Setelah dikisar anda boleh minum setiap pagi dan malam selama seminggu. Cuba buat selama sebulan. Tengok hasilnya...

Anda sendiri dapat jimat ratusan ringgit dari membeli suppliment. 

Selamat mencuba


Nak tahu? klik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...