Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) akhirnya terjawab apabila lagu yang berjudul Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow & Sona One bergelar juara & membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.
Manakala naib juara telah disandang oleh Shila Amzah menerusi lagu Masih Ada Cinta & menerima RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu yang berjudul Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah dan berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.
Tahniah
Apa yang menarik pada AJL29 kali ini, penyanyi jalanan Caliph Buskers mendapat peluang untuk membuat persembahan untuk lagu Roman Cinta. Menurut Edry, dia terjumpa lelaki ini menyanyi di Jalan Tar, memang salute suara dia memang power, setelah tamat persembahan ramai penonton yang berdiri bertepuk tangan.
Wow! terbaik....semakin lagi semakin kayalah kumpulan Caliph ni. Kisah ini memberikan semangat pada orang yang sempurna penglihatan agar terus berusaha, orang buta pun boleh berjaya dengan kareer sebagai penyanyi....
Nak tahu? klik saja
No comments:
Post a Comment