3 kelebihan Air Didihan dan Basuhan Beras Untuk Kecantikan dan Kesihatan


Masa tengok iklan di TV adalah salah satu iklan kosmetik terkenal mengunakan beras sebagai ramuan utama dalam kandungan kosmetik pencuci wajah. Jadi terfikir pula apa yang ada pada beras boleh mencantikkan wajah? Mesti ada khasiatnya tersendiri. Nak tahu? 



Terlebih dahulu sebagai intro, beras mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri ianya kaya dengan vitamin dan mineral seperti niacin, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin. Selain itu juga, beras kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol, lemak tepu yang boleh memudaratkan.

Khasiat beras bukan sahaja boleh di makan, malahan bagus untuk penjagaan kulit muka dan juga tubuh badan. Contohnya, pemakaian bedak sejuk masih diamalkan oleh orang moden sehingga kini dan ia telah diubah suai di dalam penjagaan produk kulit masa kini.

Terdapat banyak khasiat air beras dari basuhan pertama hinggalah ke air didihan beras sebelum menjadi nasi. Antaranya:

1)    Air basuhan beras yang pertama

Air basuhan pertama juga, boleh digunakan untuk mencuci ikan, ayam untuk menghilangkan bau hanyir yang ada pada ikan dan juga ayam. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur.
Air ini juga boleh dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat. Contohnya, pokok cili dan lain-lain jika anda ada menanam pokok di rumah.

2)    Air basuhan kedua

Untuk wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi, ambil air beras basuhan kedua untuk membasuh muka. Ia juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.
Air ini juga dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.
Air ini juga boleh dijadikan mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan.
Khasiat air beras untuk dijadikan mandian amat baik untuk kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, mereka yang mengalami gatal-gatal, menghilangkan daki dan sebagainya.

3)    Air didihan beras sebelum menjadi nasi

Jika wanita di luar sana, mengamalkan air didihan beras sebelum tidur ia akan membuatkan payu dara anda menjadi tegang semulajadi.
Sekian disini sahaja untuk maklumat ini, elakkan pembaziran gunakanlah air beras ini sebaik mungkin. 

Jadi ingat besok bila nak basuh beras, ambil air basuhan yang kedua tau, bukan yang pertama, tahulahkan kalau guna beras gred B, C, sudah pasti beras tu kotor, awak pula ambil dan basuh muka. Ini bukan boleh hilangkan jerawat, tapi bertambah jerawat mungkin ada. 
Paling bagus ambil air didihan beras, tunggu hingga sejuk dan sapukan pada wajah anda. OK. 
Selamat mencuba, jangan cuba sekali saja, digalakkan buat setiap hari agar wajah anda nampak lebih gebu dan menawan. 
Buang Bekas Jerawat, Jeragat, Kedutan
Nak tahu? Klik

2 comments:

  1. Terima kaseh atas info yg begitu menarik.. dulu masa sy kecil ayah selalu siruh minum air didihan nasi, biar gemuk

    ReplyDelete
  2. Selalu guna air basuhan beras tu untuk basuh beras dengan buat baja je. Rupanya boleh jugak untuk wajah dan badan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...