Pesawat Air Asia Hilang Mungkin Terhempas



Ya Allah! Banyak sungguh musibah yang melanda pada tahun 2014 ini. Selepas banjir, dilaporkan pula pesawat hilang. Kita hanya mampu berdoa dan jangan sesekali berputus asa atas segala musibah yang melanda. Kuatkan semangat untuk teruskan hidup. Semoga keluarga manga-mangsa tabah dan banayak bersabar. 



KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura, terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berlepas pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di perairan Belitung.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.

Kempeskan Perut Yang Boroi Dengan Pantas

Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, cuaca buruk antara faktor kehilangan pesawat AirAsia itu.

Penerbangan berkenaan membawa 155 penumpang serta tujuh anak kapal.

Seorang daripada penumpang adalah rakyat Malaysia. Penumpang lain ialah masing-masing seorang rakyat Singapura, Perancis dan Britain serta tiga rakyat Korea Selatan manakala selebihnya rakyat Indonesia.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia.

Info

Pemilikan AirAsia Indonesia

# 51 peratus saham dikuasai PT AirAsia Indonesia dari Indonesia.

# 49 peratus pegangan saham dikuasai AirAsia Berhad

# Tiga pemegang saham terbesar Indonesia yang membentuk 51 peratus pegangan dalam PT AirAsia Indonesia ialah Senjaya Wijaya (21 peratus), Pin Harris (20 peratus) dan PT Fersindo Nusaperkasa (10 peratus) - bharian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...