4 Cara Memutihkan Kulit Menggunakan Bahan dalam Peti Sejuk Anda

Memang putih, cantik dan kaya! 

Nak Kulit Putih Berseri? Siapa yang tak mahu? Semua orang mengangap kulit yang putih itu adalah yang cantik. Jadi pada mereka yang dilahirkan kulit gelap, sudah pasti inginkan sedikit kecerahan agar dapat masuk dengan tanggapan masyarakat bahawa mereka juga cantik. Jangan tak percaya, di India, produk yang paling laku adalah krim pemutih, tak payah pergi jauh di Malaysia saja dah berapa banyak produk pemutih! Nak jadi kan cerita seorang kawan aku yang memang dah putih, sanggup pergi ke Thailand untuk beli pil pemutih dari klinik kecantikan di sana. Adus! ini dah kemaruk putih ni!. Bila aku tanya, Eh! kau kan dah memang putih! 

Dia kata belum putih lagi la...aku nak macam Zizie Ezzete!
Mak Ai! tak ke aniya diri sendiri. Apapun petua semula jadi ni memanglah lambat, tapi ianya dapat berikan kesihatan dan memutihkan kulit secara semulajadi. 
Kulit yang cerah dan sempurna tentunya sangat diinginkan oleh semua orang, dan ini dapat juga dicapai dengan menggunakan beberapa cara yang kesannya dapat dilihat jika ianya dilakukan secara konsisten. Berikut adalah 7 cara untuk mencerahkan dan memutihkan kulit.


Pertama
Untuk memutihkan kulit anda secara mendalam, ambil 1 sudu makan jus mentimun dan campuran 1 sudu makan susu. Bahan-bahan ini boleh dipakai untuk semua jenis kulit. Sapukan pada wajah dan biarkan ianya kering sebelum dicuci dengan air suam. Ianya akan memperbaiki tekstur dan kualiti kulit secara konsisten.

Kedua
Cara lain yang efektif untuk memutih dan mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan 1 sudu makan jus lemon yang dicampur dengan 1 sudu makan jus tomato. Amalkan dua kali seminggu. Jus lemon juga dipercayai boleh mengatasi hiperpigmentasi kulit. Bahan-bahan ini baik untuk jenis kulit normal dan berminyak.

Ketiga
Ambil jus jeruk atau tomato, dan tambahkan dua sudu yogurt segar. Oleskan ini pada wajah anda dan biarkan hingga kering dan cuci hingga bersih. petua ini akan membantu untuk mengimbangi kulit kering dan kulit anda akan menjadi lebih segar. Ianya juga dapat dipakai untuk jenis berkulit berminyak. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

Mentimun bukan hanya dapat lingkaran gelap pada bawah mata. Namun ianya sangat popular sebagai medium untuk mencerahkan wajah. Gosokkan parutan mentimun pada wajah, leher, mata selama 15 -20 minit untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Ianya juga akan mencegah blakhead & whitehead serta jerawat. Petua ini sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan kulit normal.

Ke tiga
Parutan lobak putih, atau membuatnya menjadi jus dan gosokkan dengan lembut di wajah selama 10-15 minit dapat membuatkan kulit menjadi halus & lembut. Sesuai untuk semua jenis kulit.


Ke emapat
Ambil 1 sudu makan yogurt segar, dan mencampurnya dengan 1/2 sudu makan madu. Kemudian oleskan pada wajah selama 10-15 minit. Kesannya, ianya akan dapat mencerahkan kulit dan kulit akan sekata jika diamalkan secara konsisten. Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit.

Ambil 1 seudu makan bubuk cendana merah dan 1 sudu makan susu mentah. Sapukan pada wajah seperti masker, dan biarkan pada wajah selama 30 minit akan meningkatkan warna kulit anda, serta menyingkirkan bintik gelap di wajah. Masker ini elok diamalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...