6 Sebab Mengapa Perempuan Cantik Masih Lagi Single

Gambar ini sebagai hiasan saja tidak kena mengena dengan topik perbincangan....harap maklum


Yes!, persoalan ini sering berlegar terutama di fikiran seseorang yang berparas biasa-biasa tapi tidak mengalami kesukaran untuk mendapat jodoh. Wanita cantik selalunya dikaitkan dengan kulit yang cerah, gebu tidak mengalami masalah kulit seperti berjerawat batu, jeragat, mata yang besar, hidung yang mancung, bibir yang manis dan gigi yang tersusun apabila mengukir senyuman. Jika mereka memakai make up pasti nampak lebih terserlah kecantikan mereka. Apatah lagi kalau bentuk badan mereka yang slim dan ramping. Pasti mana-mana lelaki atau wanita merasakan mereka adalah seorang yang perfect dan mudah untuk mendapatkan jodoh dan pekerjaan. 


Namun begitu disebalik kecantikan terpahat segala macam kepahitan. Oleh kerana perempuan yang cantik ini jarang ada, maka mereka akan menjadi buruan lelaki. Jadinya the best man win. Masalahnya lelaki yang menang mengorat itu kebanyakannya adalah lelaki yang pandai bermain kata dan tidak berputus asa bersabar dalam mengorat perempuan cantik itu dan banyak antara mereka POKET KOSONG! atau SUAMI ORANG, Kesian! sebab itulah perempuan cantik ini menjadi mangsa dan sentiasa terlalu berhati-hati kerana takut dikecewakan berulang kali. Jadi mereka menjadi:


1. Terlalu memilih
    Mungkin ramai yang mahukan kita tetapi kita mahukan yang terbaik dan terhebat. Kita bukan terlalu memilih, tetapi mencari yang sepadan dan secocok serta sekufu. Masakan jika buah pinang dibelah, sebelah lagi buah oren, mestilah pinang juga, betul tak?

2. Terlalu berkerjaya dan bergaji tinggi.
Dikatakan kerjaya yang bergaji beribu-ribu ringgit sebulan membuatkan kita memandang orang lain tidak sehebat kita. Yang orang tidak tahu, bila kita berjadi besar, tanggungjawab juga sangat besar. Tidak akan suka-suka berbelanja membuta tuli tak tentu hala. Duit kalau susah dapat, tidak mudah dibelanjakan.

3. Terlalu cerdik. 
Dikatakan kalau terlalu cerdik, nanti sisuami tidak boleh mengawal dan menguruskan isteri.

4. Terlalu cantik. 
Dikatakan wanita yang terlalu cantik tidak dapat menarik cinta kerana ramai lelaki diluar sana yang mempunyai rupa paras yang biasa-biasa sahaja. Jadinya, susah hendak dipadankan.

5. Tidak laku (ini paling menggelikan hati)
Adakah wanita yang belum berkahwin atau berpunya itu seperti barang jualan langsung? Dia dinilai dengan semakin ramai downline, semakin kaya atau semakin laku? Inilah dikatakan pemikiran sampah yang tidak boleh dikitar semula.

6. Tidak cukup berusaha.
Jika jodoh dikatakan harus diusahakan secukupnya, mengapa ada orang yang bertemu jodoh kerana terserempak atau bertemu di dalam lif? Di klinik, di hospital atau dimana-mana sahaja, jatuh cinta dan seterusnya menikah.
Paling menggelikan hati apabila ramai orang mengatakan kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jodoh tetapi sukar untuk memberikan tip-tip yang praktikal dalam mencari jodoh.Bagaimana yang dikatakan BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam pencarian jodoh itu?

Jadi nasihat saya pada perempuan cantik...
Cuba pilih sendiri lelaki idaman anda, jangan tunggu mereka. Anda sudah pasti punyai kelebihan tersendiri dengan adanya anugerah kecantikan luaran. Namun begitu, perlu diingatkan jangan sesekali bergantung kepada kecantikan luaran untuk memikat suami, kerana kecantikan dalaman seperti rendah diri, berbudi pekerti, lemah lembut, bertolak ansur dan sabar itu lebih bermakna pada lelaki yang akan memilih bakal isteri yang akan berkongsi hidup dengan mereka. 

Selalunya perempuan yang cantik memang bijak, sebab mereka punyai konfiden yang lebih tinggi dari orang yang biasa, jadi disebabkan itu, ramai perempuan cantik mudah mendapat jodoh dari orang biasa, cuma yang tak konfiden saja yang akan sentiasa berputus asa. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...