Meskipun kedua-dua negara terbabit selama ini dikenali dengan kecantikan menerusi pembedahan plastik, tidak semuanya begitu. Ada juga wanita di sana yang menolak pembedahan plastik sebaliknya mereka hanya mengamalkan beberapa pertua kecantikan mudah.
Berikut adalah beberapa amalan masyarakat di sana yang dikatakan membantu mereka mendapatkan kulit wajah yang bersih dan cantik berseri.
• Masyarakat Korea dan Jepun amat mengutamakan kebersihan kulit dan mereka dididik sejak kecil untuk membersihkan wajah dengan sempurna sebelum tidur. Antara amalan yang dipraktikkan ialah membersih muka dengan air suam sebelum diakhiri dengan air sejuk. Teknik ini dikatakan dapat mengetatkan pori pada kulit wajah.
Penyegar wajah juga sangat penting bagi mereka kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati. Masyarakat terutama wanita di sana sangat berhati-hati dalam memilih penyegar wajah, sebagai contoh wanita Jepun lebih memilih penyegar yang mengandungi etil alkohol, alkohol penyental dan alkohol isopropil. Selain itu, mereka juga jarang menggunakan kapas muka seperti amalan masyarakat di negara kita. Bagi mereka, penggunaan jari dapat membantu penyerapan maksimum.
1• Pelembap muka juga rutin kecantikan biasa bagi masyarakat di Korea. Namun mereka hanya mempercayai produk pelembap yang diperbuat daripada minyak sayuran yang dikatakan lebih baik untuk kulit wajah. Mereka berpendapat minyak mineral seperti jeli petroleum tidak memiliki bahan istimewa yang dapat membantu menjadikan kulit lebih lembut dan cantik. Bagi memberi kesan lebih sempurna, mereka mengamalkan teknik sapuan sebarang krim bermula dari atas ke bawah sambil mengurut lembut kulit wajah.
2• Untuk wajah yang lebih berseri, masyarakat di sana juga mengamalkan urutan dan menggunakan krim penyental muka. Amalan yang dilakukan dua hingga tiga kali seminggu ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keanjalan kulit wajah.
3• Setiap kali selepas mengurut wajah, wanita di sana juga tidak ketinggalan menggunakan pupur pada wajah. Kebanyakan mereka memilih pupur pencerah untuk mencuci kulit dan pori dengan sempurna atau pupur pelembap yang membantu memberi kelembapan yang diperlukan kulit wajah.
Selebriti Korea tidak kira lelaki atau perempuan akan menggunakan pupur hampir setiap hari sebelum tidur bagi mengembalikan kesegaran wajah selepas berbelas jam mengenakan solekan tebal.
4• Masyarakat Korea dan Jepun juga mengamalkan minuman teh hijau yang baik untuk kesihatan. Minuman yang sudah sebati dengan masyarakat dua negara itu dinikmati satu hingga dua kali sehari.
Pengambilan teh hijau yang berterusan turut membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana ia sumber antioksidan yang baik.
5• Masyarakat di sana juga mengamalkan pengambilan makanan sihat dengan memperbanyakkan hidangan berasaskan sayuran.
Mereka gemar menikmati hidangan mentah atau separuh mentah seperti sashimi ikan salmon yang kaya dengan vitamin dan asid omega.
Pengambilan makanan berat yang bergoreng atau berlemak sangat jarang dilakukan melainkan meraikan sesuatu acara atau kejayaan tertentu.
6• Masyarakat Korea dan Jepun percaya bahawa banyak minum air membantu untuk menyerlahkan keserian kulit mereka. Tidak hairanlah jika mereka mengambil bergelas-gelas air atau teh hijau setiap hari berbanding air manis lain. Ia turut menjadi amalan pelakon wanita terkenal Korea, Song Hye Kyo yang dianggap antara wanita tercantik di Asia.
7• Kebanyakan selebriti di Korea juga mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Senaman ini juga menjadi amalan kebanyakan wanita di negara berkenaan.
8• Wanita Jepun dan Korea juga tidak menggemari solekan. Jika perlu sekali pun, mereka hanya memakai solekan ringkas seperti menggunakan pensil mata untuk membentuk mata lebih besar dan pengilat bibir saja ketika keluar dari rumah. Ini kerana mereka percaya kecantikan bukan bergantung kepada solekan semata-mata, tetapi kesihatan kulit itu sendiri. - credi to harian metro
No comments:
Post a Comment