Alamak! Lupa plak kat mana aku letak barang? Eh! kereta dah kunci ke? Pintu rumah dah kunci?
Anda pasti pernah mengalaminya. Kita sebagai manusia memang ada sifat pelupa tu... Aku tak pasti tapi ramai di kalangan isteri yang tak ingat jalan. Mungkin kita banyak bergantung pada suami untuk memberikan arah tuju ke mana kita hendak pergi, sampaikan nak kasi pada kawan dan saudara petunjuk jalan ke arah rumah kita pun susah. Inilah kalau kita asyik sangat bergantung kepada suami.
Kalau yang dah beranak tu mesti ada wayar-wayar yang putus dalam badan mengakibatkan kita cepat menjadi tua dari segi fizikal mahupun mental yang lemah. Jom kita baca tips nak kuatkan ingatan kembali
1) Baca Al Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
2) Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. Tapi jangan pula sampai tidur 7-10 jam sehari macam dah tak ingat dunia. Cukup tidur 4,5,6 jam sehari sudah memadai. Rugi kalau tidur lama, banyak yang kita akan ketinggalan.
3) Mengawal Tekanan
Sebagai seorang isteri, bekerja dan anak-anak tidak dinafikan memang banyak tekanan. Masa berada di tempat kerja teringat pula pada anak-anak, kalau tak kerja tak cukup pula nak menyara ekonomi keluarga. Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
3) Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan. Saya dah jumpa ramai di kalangan kita yang ambil bermacam suppliment untuk kecantikan dan kesihatan badan, tapi ingatlah jangan pula berlebihan. Apa saya yang berlebihan boleh memudaratkan ye...

4) Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki. Senaman memang perlu untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan. Jadi bila ada masa terluang, cuba lompat, buat renganggan dari tengok tv saja di rumah.
5) Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ada banyak sebab wanita akan berasa kemurungan, antaranya adalah tekanan hidup, masalah wang tak cukup, kurang mendapat kasih sayang, dicurangi, punyai anak-anak yang bermasalah.
*6) Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.
7) Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahas, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi. Atau membaca blog saya, apa sahaja yang membawa faedah dan manfaat.
No comments:
Post a Comment