10 Tips Naik Pangkat Dengan Pantas


Oh! Bila Gaji Nak Naik? Harga Barang Semua Naik! Anak Pun Semakin Ramai... Kalau nak ikutkan aku dah buat macam-macam kerja, multitasking dalam pejabat tu! tapi ....hmmmm hampeh!
Itu antara persoalan yang sering bermain di minda kita kalau kita sedang bekerja. Tak kiralah sekarang ni perempuan dah semakin ramai bekerja. Tidak dinafikan mereka juga nak kan kenaikan pangkat. Kalau pangkat tak naik, gaji naik boleh juga, tapi alahai...semua tak ada.... 
Nak harapkan kerja suami, memanglah tak cukup, tinggal pula di kota bandar besar, pergi mana-mana pun kena duit, tak ada yang percuma!
Jadi ikuti tips ini

1. Anda perlu mengetahui kelebihan serta kekurangan diri. Tanyakan pada diri anda, dimanakah kedudukan anda sekarang? Apa kelebihan anda yang membolehkan anda dinaikkan pangkat? Serta apakah kekurangan anda yang perlu diperbaiki untuk mendapatkan jawatan tersebut.

2. Apakah jawatan yang anda ingin capai dan bagaimana cara mendapatkannya. Anda perlu mempunyai objecktif dan cara. Hanya sekadar bercakap kosong tidak mendatangkan apa-apa. Anda perlu jelas mengenai jawatan yang anda ingin capai.

3. Anda juga perlu ada perasaan bangga, bersabar dan percaya dengan apa yang anda lakukan. Orang yang dinaikkan pangkat selalunya yang membuat kerja dengan bersungguh-sungguh. Tidak kira jika kerja itu kecil mahupun besar. Mereka percaya dengan diri mereka sendiri

4. Lengkapkan diri anda dengan ilmu atau pengalaman agar bersedia mengambil tindakan. Anda boleh mengikuti kursus tertentu, kelas atau membeli buku-buku yang berkaitan. Ini akan membantu anda membuat kerja dengan lebih baik.

5. Melihat cabaran sebagai kelebihan Jika anda ingin dinaikkan pangkat, jadikan cabaran sebagai peluang untuk dinaikkan pangkat. Jangan merungut dengan kerja keras atau membandingkan kerja anda dengan pekerja lain. Pastinya bos anda tidak menyukai perkara ini.

6. Mengetahui peranan anda. Ketahui kedudukan serta peranan anda dalam tugasan amat penting. Anda perlu mempunyai semangat bekerjasama jika ianya kerja berkumpulan. Jika anda seorang ketua, pastikan anda menguruskan ahli kumpulan dengan baik.

7. Lakukan yang terbaik. Lakukan apa yang ditugaskan dengan baik. Jangan hanya menjadikan kejayaan terdahulu sebagai sebab untuk anda tidak melakukan yang terbaik.

8. Melakukan sesuatu yana lebih dari biasa. Volunteer atau menawarkan diri untuk melakukan sesuatu tugasan dan mencari inisiatif untuk melalukan dengan lebih baik. Bos selalunya suka dengan orang yang membantu mereka menyelesaikan masalah.

9. Melakukan kerja untuk pangkat seterusnya. Jika anda hanya melakukan kerja anda sekarang, maka lebih lama anda akan berada pada peringkat yang sekarang. Anda sepatutnya mencuba tugasan untuk jawatan lebih tinggi jika diberi peluang.

10. Menjaga penampilan. Selain perkara diatas, penampilan juga adalah penting. Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur. Anda pasti tidak mahu seorang ketua yang berpakaian selekeh. - kerja.org


11- Kalau dah macam tak ada peluang nak naik pangkat, apa kata tukar saja kerja di tempat lain
12 - Tak ada peluang nak naik pangkat, kerja pun tak dapat-dapat, apa kata cuba buat bisnes kecilan. At least ada juga kenaikan pendapatan.
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...